Tidak perlu datang atau beratur di kedai. Pasang eSIM anda pada bila-bila masa terus daripada peranti anda.
Sambungan Lebih Pantas dan Pintar Bermula dengan eSIM
Pasang secara digital, tanpa perlu kad SIM fizikal, dan kawal cara anda kekal
berhubung sepenuhnya - semuanya terus daripada peranti anda.
Tukar antara talian kerja dan peribadi hanya di hujung jari anda.
Kawal talian anda sepenuhnya dengan keselamatan eSIM terbina dalam - tukar, tetapkan, atau urus pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Terokai pilihan pelan Maxis Postpaid kami
Lihat pelan yang sesuai untuk anda, kini dengan data 5G dan 4G tanpa had.
Maxis eSIM kini tersedia untuk peranti berikut dan banyak lagi
Apakah itu eSIM?
Kad SIM terbenam (eSIM) berfungsi sama seperti kad SIM biasa, tetapi bezanya ia bukan kad fizikal, sebaliknya ia terus diintegrasikan ke dalam peranti mudah alih anda. eSIM anda diprogramkan secara jarak jauh oleh syarikat telekomunikasi dan boleh digunakan bukan sahaja pada telefon pintar, termasuk juga pada jam pintar dan sesetengah komputer riba. Berbeza dengan versi fizikal, eSIM menawarkan fleksibiliti untuk menukar rangkaian tanpa perlu menukar kad, jadi anda boleh menyimpan beberapa nombor dalam satu peranti.
Berikut adalah perbezaaan utama antara kedua-duanya
Aspek
SIM Fizikal
eSIM
Kesesuaian Peranti
Sesuai secara universal untuk semua telefon dari dekad yang lalu
Berfungsi hanya untuk peranti yang lebih baru, menyokong eSIM
Fleksibiliti Penukaran Telefon
Mudah beralih antara peranti baharu dan lama atau simpanan
Kurang fleksibel jika menukar kepada telefon yang lebih lama atau tidak menyokong eSIM
Peralihan Penyedia
Pembelian dan tukar ganti mudah di kedai
Memerlukan proses pengenalan digital melalui aplikasi atau kod QR
Pengalaman Pengguna
Dikenali, ketara dan disukai oleh pengguna yang menghargai sokongan secara bersemuka
Digital sepenuhnya, mudah untuk pengguna yang selesa dengan teknologi
Risiko Kehilangan
Boleh hilang, rosak, atau salah letak semasa menukar telefon
Tidak boleh hilang atau dikeluarkan secara fizikal
Perlindungan Kecurian
Mudah dikeluarkan oleh pencuri, menyahaktifkan ciri penjejakan
Sentiasa aktif walaupun telefon dicuri, menghidupkan Find My Phone
Nyahaktif Jarak Jauh
Penyedia tidak boleh memutuskan dari jarak jauh, tetapi pengeluaran secara fizikal adalah mudah
Tidak boleh dikeluarkan secara fizikal oleh pengguna tanpa kebenaran
Impak Alam Sekitar
Memerlukan pengeluaran plastik dan penghantaran global
Tanpa bahan buangan fizikal; lebih mesra alam sekitar
Kelebihan Praktikal Keseluruhan
Terbaik untuk kesesuaian maksimum dan pengawalan dalam tangan
Terbaik untuk keselamatan, kemudahan dan kelestarian
Tidak tahu bagaimana untuk memasang peranti anda?
Ikuti langkah-langkah ini untuk ketahui cara mengaktifkan peranti baharu anda dengan mudah.
Pindahkan eSIM anda antara peranti anda
secara mudah sekarang
Pilih peranti anda untuk info lanjut
Jangan terlepas tawaran ini!
Baca Soalan Lazim kami
Apakah eSIM dan bagaimana eSIM berfungsi?
eSIM, atau SIM terbenam, ialah kad SIM digital yang dibenamkan dalam peranti, menghapuskan keperluan untuk kad SIM fizikal. Ia membolehkan pengguna megaktifkan pelan selular dan bertukar antara pembawa tanpa memerlukan pertukaran SIM fizikal. eSIM biasanya terdapat pada telefon pintar moden, tablet dan peranti lain yang bersambung.
Berapa banyak eSIM yang boleh ditambah pada peranti saya?
Bilangan eSIM yang boleh ditambah pada peranti bergantung pada jenis peranti itu sendiri. Sesetengah telefon pintar dan peranti direka untuk menyokong pelbagai eSIM, membolehkan pengguna menambah dan bertukar antara pelan selular berbeza dengan mudah. Namun, pengguna perlu menyemak spesifikasi peranti untuk menentukan bilangan eSIM yang boleh dimuatkan. Perlu diingatkan bahawa bukan semua peranti menyokong pelbagai eSIM, dan keupayaan mungkin berbeza antara pengeluar dan model.
Bagaimanakah saya ingin menukar SIM ke eSIM?
Hanya muat turun aplikasi Maxis dan ikuti langkah untuk menukar SIM fizikal ke eSIM. Pilih eSIM Malaysia sebagai jenis pilihan SIM anda semasa pembelian atau menaik taraf pelan. Anda akan menerima emel bersama kod QR dan panduan untuk pengaktifan eSIM. Pastikan anda menggunakan peranti yang sama anda mengimbas kod. Proses ini layak untuk semua peranti yang bersesuaian, termasuk eSIM untuk iPhone dan telefon pintar 5G berkelayakan eSIM.
Adakah eSIM tersedia di Malaysia?
Ya, Maxis menyokong pengaktifan eSIM untuk jenis telefon pintar dan smartwatch yang meluas, membolehkan anda kekal berhubung tanpa SIM kad fizikal. Dengan eSIM Malaysia, anda boleh menikmati pengaktifan serta merta, penyediaan lancar, dan lebih fleksibliti semasa anda menguruskan sambungan telefon mudah alih anda.
Sila ingat bahawa kesesuaian dan keupayaan peranti mungkin bergantung kepada model dan versi perisian. Sesetang peranti menyokong pelbagai profil eSIM, serta yang lain hanya membenarkan satu eSIM aktif dalam satu masa.
Bolehkah saya menggunakan eSIM tanpa SIM fizikal?
Ya, anda boleh menggunakan pelan eSIM Malaysia tanpa perlukan SIM kad fizikal. eSIM 5G lengkap dalam peranti anda dan berfungsi secara sendiri setelah pengaktifan eSIM lengkap. Penyediaan digital ini disokong untuk telefon bersesuaian, termasuk eSIM untuk iPhone dan model Android terpilih.
Bolehkah saya memiliki kedua-dua SIM fizikal dan eSIM?
Ya. Banyak telefon baru, termasuk model yang menyokong eSIM untuk iPhone dan eSIM 5G,, membolehkan eSIM dan SIM fizikall digunakan serentak. Ini membolehkan anda mengasingkan nombor untuk kerja dan kegunaan peribadi atau menambah talian pelancong semasa merantau. Dengan eSIM Malaysia, ianya mudah untuk menukar kepada eSIM walaupun masih menggunakan SIM sedia ada anda untuk menambah fleksibiliti. Ketahui tentang bagaimana beza eSIM dengan SIM fizikal melalui panduan eSIM vs. SIM fizikal kami.
Bagaimanakah untuk aktifkan eSIM di peranti saya?
| Langkah | Keterangan |
|---|---|
| 1. Pilih eSIM | Pilih eSIM sebagai jenis SIM anda semasa pembayaran di Kedai Online Maxis. |
| 2. Terima emel penyediaan | Anda akan mendapat emel dengan panduan untuk pengaktifan eSIM. Pastikan anda menggunakan peranti yang sama untuk anda menyediakan eSIM 5G sebelum klik pada pautan. |
| 3. Buat penyediaan guna aplikasi Maxis | Pengguna baharu boleh muat turun aplikasi Maxis dan klik "Aktifkan eSIM". Pelanggan sedia ada juga boleh menukar kepada eSIM dari aplikasi untuk penyediaan ringkas. |
Pilihan ini layak untuk peranti 5G eSIM, termasuk eSIM untuk telefon pintar iPhone dan Android.
Ketahui lebih lanjut mengenai Maxis eSIM
Beli secara dalam talian
Lihat semua peranti yang tersedia di Kedai Dalam Talian Maxis