Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Apa itu eSIM?

eSIM (embedded SIM) adalah sebuah teknologi baharu canggih yang banyak digunakan di negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Teknologi ini menggunakan cip kecil yang siap dipasang di dalam peranti untuk menggantikan kad SIM tradisional dan tidak perlu untuk membawa kad fizikal ke mana-mana.

Internet of Things
Internet Benda

Tingkatkan ketersambungan dan kemudahan dengan keupayaan untuk menyambung lebih banyak peranti.

Reliability
Diyakini

Tingkatkan keyakinan dengan eSIM yang siap dipasang secara langsung ke dalam peranti anda.

Enables Dual Sim
Kemampuan Dual SIM

Asingkan talian peribadi dan perniagaan atau tambah talian tambahan semasa anda melancong ke luar negara dengan fungsi dual SIM di peranti anda.

Maxis eSIM kini tersedia untuk peranti berikut dan banyak lagi

Tidak tahu bagaimana untuk memasang peranti anda?

Ikuti langkah-langkah ini untuk ketahui cara mengaktifkan peranti baharu anda dengan mudah.

Mengalami masalah memasang Apple Watch anda? Klik di sini
Mengalami masalah semasa mengaktifkan sambungan Cellular? 123. Hubungi atau klik di sini

Mengalami masalah memasang Samsung Galaxy Watch Active2 anda? Klik di sini
Mengalami masalah semasa mengaktifkan sambungan Cellular? Hubungi 123

Mengalami masalah memasang Huawei Watch 3 anda? Kilik di sini

Klik di sini untuk melihat langkah-langkah pemasangan Maxis eSIM untuk Peranti Mudah Alih anda..

*Pastikan iPhone anda dikemas kini ke iOS 12.1.1 atau lebih baru

eSIM Transfer akan tiba ke Maxis tidak lama lagi. Nantikan maklumat lanjut daripada kami.

Pindahkan eSIM anda antara peranti Apple anda
secara mudah sekarang

Ikuti langkah ini untuk menukar eSIM anda secara mudah

Baca Soalan Lazim kami

eSIM

  • eSIM, atau SIM terbenam, ialah kad SIM digital yang dibenamkan dalam peranti, menghapuskan keperluan untuk kad SIM fizikal. Ia membolehkan pengguna megaktifkan pelan selular dan bertukar antara pembawa tanpa memerlukan pertukaran SIM fizikal. eSIM biasanya terdapat pada telefon pintar moden, tablet dan peranti lain yang bersambung.

  • Ya, banyak peranti mempunyai dwi SIM, membolehkan pengguna menggunakan kedua-dua eSIM dan SIM fizikal secara serentak. Ciri-ciri ini sangat berguna untuk mereka yang ingin mengekalkan dua nombor mudah alih berasingan atau menggunakan pembawa berbeza untuk tujuan tertentu, seperti penggunaan kerja dan peribadi. Namun, fungsi dwi SIM mungkin berbeza bergantung pada model peranti.

  • Bilangan eSIM yang boleh ditambah pada peranti bergantung pada jenis peranti itu sendiri. Sesetengah telefon pintar dan peranti direka untuk menyokong pelbagai eSIM, membolehkan pengguna menambah dan bertukar antara pelan selular berbeza dengan mudah. Namun, pengguna perlu menyemak spesifikasi peranti untuk menentukan bilangan eSIM yang boleh dimuatkan. Perlu diingatkan bahawa bukan semua peranti menyokong pelbagai eSIM, dan keupayaan mungkin berbeza antara pengeluar dan model.

Ketahui lebih lanjut mengenai Maxis eSIM