Penjenayah Siber mungkin menghantar lampiran yang tidak jujur melalui WhatsApp, SMS, emel atau aplikasi mesej yang lain. Fail ini selalunya menyamar sebagai invois, resit bayaran, notifikasi penghantaran atau gambar.
Membuka lampiran ini akan membawa perisian perosak yang bertujuan untuk mencuri kata laluan anda, maklumat peribadi atau memberi pelaku akses kepada peranti anda.
Tidak pasti bagaimana untuk mengenal pasti fail yang tidak jujur? Tip Pro: Jadi lebih berwaspada terhadap lampiran yang meragukan. Lihat pada nama fail dan jangan pernah buka fail yang berakhir dengan: .vbs, .exe, .bat, .cmd, .js, .scr, .msi, .zip, .rar, dan fail Microsoft Office yang didayakan makro (.docm, .xlsm).
Jika anda musykil dengan lampiran tersebut, jangan buka. Kalau ragu-ragu, sahkan dengan penghantar melalui platform komunikasi yang lain sebelum membuka.