Makanan percuma, ganjaran menarik dan suasana meriah menanti di Hotlink Geng Bijak Berbajet Fest
Hotlink merealisasikan janjinya untuk menawarkan nilai terbesar menerusi penganjuran Hotlink Geng Bijak Berbajet (GBB) Fest buat julung kalinya. Festival ini dianjurkan untuk menghargai pelanggan dengan makanan percuma, tawaran eksklusif dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, semuanya menerusi sebuah acara istimewa yang meraikan cara berbajet dengan bijak.
Persinggahan seterusnya: Pasar Seni, Kuala Lumpur
Dari 30 Oktober hingga 1 November 2026, GBB Fest akan berlangsung di Jalan Benteng, Pasar Seni, Kuala Lumpur, dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Acara selama tiga hari ini memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai semangat Geng Bijak Berbajet, dengan pelbagai pilihan makanan, hiburan dan aktiviti interaktif yang mengutamakan nilai terbesar bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
Pengunjung boleh meneroka deretan gerai makanan pilihan yang menampilkan kira-kira 20 sajian kegemaran tempatan, termasuk peniaga tular yang mendapat sambutan ramai. Festival ini turut menampilkan hiburan secara langsung bersama busker dan DJ tempatan seperti The Alif, Langkasuka dan MAGIS, selain permainan menyeronokkan di booth Hotlink. Pengunjung yang menyertai aktiviti di booth Hotlink juga berpeluang memenangi barangan eksklusif dan Blind Box.
Untuk senarai penuh peniaga makanan, sila layari: https://www.hotlink.com.my/ms/campaigns/gbb-fest/
Cara pelanggan Hotlink menebus makanan percuma
Pelanggan Hotlink boleh menebus makanan percuma melalui aplikasi Hotlink dengan mengikuti beberapa langkah mudah:
- Buka aplikasi Hotlink, tekan Ganjaran dan pilih tab GBB Fest.
- Tebus baucar makanan percuma GBB Fest.
- Kunjungi booth Hotlink di GBB Fest, pilih peniaga pilihan dan dapatkan baucar fizikal.
- Tunjukkan baucar di gerai peniaga untuk menikmati makanan percuma!
Baucar dan item penebusan diberikan berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada.
Menyusuli kejayaan besar GBB Fest Kedah
Edisi Kuala Lumpur menyusuli sambutan hangat terhadap GBB Fest Kedah yang berlangsung di Amanjaya Mall, Sungai Petani, dengan kehadiran lebih 6,400 pengunjung. Sebanyak 3,200 baucar makanan percuma telah ditebus, sementara pengunjung menikmati hidangan percuma dan menyertai pelbagai aktiviti di lokasi.
Persinggahan terakhir: Angsana Mall, Johor Bahru
Festival ini tidak berakhir di Kuala Lumpur! GBB Fest akan menuju ke selatan untuk persinggahan terakhirnya di Angsana Mall, Johor Bahru, dari 28 hingga 29 November 2026. Peminat di selatan boleh menantikan gabungan makanan percuma, persembahan tempatan dan ganjaran Hotlink yang sama menarik untuk menutup siri festival ini dengan meriah.