Memupuk pertumbuhan digital dan semangat komuniti: Maxis dan usahawan Kelantan sambut Ramadan penuh makna

Maxis and Kelantan entrepreneurs mark a meaningful Ramadan

Dalam usaha memacu pertumbuhan inklusif, Maxis meraikan kejayaan keusahawanan serta semangat Ramadan menerusi acara komuniti yang dianjurkan di Kelantan baru-baru ini. Majlis ini meraikan graduasi 44 pemilik perniagaan tempatan daripada Program Pemecutan eKelas Usahawan, sebuah inisiatif peningkatan kemahiran yang membantu para usahawan ini meningkatkan purata hasil perniagaan mereka sebanyak 24% dalam tempoh hanya tiga bulan.

Bagi memperluaskan impak sosial inisiatif ini, Maxis turut bekerjasama dengan para graduan dalam sebuah majlis Iftar amal sempena bulan Ramadan bagi menyumbang semula kepada komuniti setempat. Inisiatif ini memberi manfaat kepada 280 ahli Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK), Persatuan Insan Istimewa Kelantan (INSANI), Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Cawangan Kelantan (PERTIS), Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa' Kelantan, serta beberapa pertubuhan kebajikan tempatan lain.

quote

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk memperkasa para usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka. Dengan memastikan manfaat kejayaan ini turut dikongsi bersama dengan golongan yang memerlukan, kami dapat membina asas bagi sebuah komuniti tempatan yang lebih mampan dan berdaya maju. Ia juga menjadi satu detik yang amat bermakna untuk meraikan kejayaan para graduan ini selari dengan usaha menyantuni komuniti kami sepanjang Ramadan,” - Azizul bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis

Memacu pertumbuhan digital

Kohort kedua Program Pemecutan eKelas Usahawan melibatkan 44 usahawan dari Kelantan yang diperkasa dengan penggunaan alat kecerdasan buatan (AI) serta strategi pemasaran digital. Program yang berlangsung dari November 2025 hingga Februari 2026 ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Usahawan Wanita Kelantan (KUWAK), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

Melalui latihan praktikal dan sesi bimbingan, para peserta dilengkapi dengan kemahiran untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam ekonomi digital. Ramai peserta mencatatkan pertumbuhan ketara dari segi hasil jualan serta jumlah pengikut di media sosial selepas melaksanakan strategi pemasaran digital yang dipelajari dalam program ini.

Maxis and Kelantan entrepreneurs mark a meaningful Ramadan

Antara usahawan yang melakar kejayaan yang memberangsangkan ialah Mohd Hafiz Rasman, seorang veteran tentera yang menjalankan perniagaan cenderamata, berjaya meningkatkan hasil bulanan sebanyak 72%. Nik Mas Roslina Jaffar, seorang usahawan katering pencuci mulut, mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 57%, manakala Mek Dah Abdullah, penjual ais krim secara dalam talian, berjaya meningkatkan jumlah pengikut media sosialnya sebanyak 63%.

Maxis and Kelantan entrepreneurs mark a meaningful Ramadan

Menyantuni komuniti setempat

Sebagai sebahagian daripada inisiatif jangkaun komuniti Maxis sempena bulan Ramadan, majlis ini turut menghimpunkan golongan yang memerlukan dalam suasana punuh kebersamaan. Maxis bersama graduan eKelas Usahawan telah bekerjasama mengagihkan sumbangan Raya istimewa kepada 100 ahli POPK, INSANI, PERTIS serta pertubuhan kebajikan tempatan lain yang hadir. Sumbangan tersebut disediakan sendiri oleh para graduan, sekali gus memperkukuhkan semangat berbakti kepada komuniti setempat.

Maxis and Kelantan entrepreneurs mark a meaningful Ramadan

Selain itu, Maxis turut menyumbangkan tiga unit komputer riba serta pek sumbangan perayaan yang mengandungi barangan makanan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa' Kelantan, yang menguruskan kebajikan 180 kanak-kanak di beberapa rumah anak yatim di bawah jagaan mereka.

Mengenai Maxis eKelas Usahawan

Maxis eKelas Usahawan adalah program peningkatan kemahiran digital yang direka untuk memberdayakan usahawan Malaysia, terutamanya mereka dari segmen B40, dengan alat dan kemahiran digital yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan dalam talian mereka.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Program Pemecutan eKelas Usahawan merupakan program khusus selama tiga bulan yang menyediakan latihan intensif dalam pemasaran digital, penggunaan media sosial dan penjanaan pendapatan dalam talian. Kohort perintisnya menyaksikan 60 usahawan dari wilayah Tengah menamatkan program tersebut pada April 2025, dengan kohort seterusnya akan melibatkan usahawan di Malaysia Timur.

Archives
Tags