Maxis menyantuni lebih 400 penduduk berpendapatan rendah di Johor menerusi sumbangan sempena perayaan Deepavali

Maxis uplifts over 400 lower-income residents in Johor with festive aid this Deepavali

(3rd from left) Kenneth Sebastian Koren, Director of Regional Sales Management – Southern Sales, Maxis; (1st and 2nd from right) Arahvindan Ganesan, Chairman, Malaysian Indian Youth Council, Johor; Dhanesh Basil, President, Malaysian Indian Youth Council, Johor, together with other representatives from Maxis and the Muar District Youth Council, alongside one of the beneficiaries (middle) of Maxis' Deepavali festive charity initiative in Muar.

Sempena perayaan Deepavali ini, Maxis Berhad (Maxis) telah membawa keceriaan kepada lebih 400 individu berpendapatan rendah di seluruh Johor menerusi dua program kemasyarakatan di Muar dan Kulai, sekali gus menekankan komitmennya untuk membantu golongan yang memerlukan.

Antara inisiatif utama ialah program amal Deepavali yang dianjurkan di Muar baru-baru ini dengan kerjasama Majlis Belia India Malaysia (MIYC) cawangan Muar. Program ini telah memberi manfaat kepada lebih 200 penduduk setempat. Melengkapi usaha tersebut, Maxis turut menyumbang kepada program khidmat masyarakat di Kulai yang diterajui oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, dengan kerjasama Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat India.

Menerusi program yang diadakan di Kompleks MSN Pagoh, Muar, Maxis telah menyumbangkan bahan makanan asas seperti minyak masak, beras, tepung dan gula kepada 60 keluarga berpendapatan rendah bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut Deepavali. Para hadirin turut diberikan pek sumbangan yang mengandungi barangan dan juadah perayaan seperti murukku, teh, rempah-ratus dan bihun, sebelum menikmati jamuan makan tengah hari bersama-sama.

Selain memberikan bantuan segera, Maxis turut menyokong pembangunan belia tempatan menerusi inisiatif keterangkuman digital dengan menaja latihan asas membaiki komputer riba dan telefon bimbit selama tiga bulan kepada peserta terpilih. Merangkumi kemahiran praktikal membuka, memasang dan membaiki peranti, program ini membantu mempersiapkan peserta untuk memasuki alam pekerjaan dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan teknikal yang dapat membuka peluang pekerjaan pada masa hadapan.

Bagi program di Kulai, Maxis bersama-sama penaja korporat lain telah menyumbangkan pek barangan kering dan keperluan isi rumah seperti tepung, serbuk kari, sabun dan syampu kepada 220 individu daripada golongan yang memerlukan. Pek tersebut diagihkan di empat lokasi sekitar Kulai menerusi persatuan kebajikan dan pusat komuniti setempat.

quote

“Deepavali merupakan perayaan yang melambangkan cahaya dan kebersamaan. Dalam meraikan kepelbagaian masyarakat di negara ini, kami berbesar hati dapat membantu mereka yang memerlukan serta mewujudkan peluang yang mampu membawa perubahan bermakna. Walaupun bantuan sempena perayaan dapat meringankan beban dalam jangka pendek, kami percaya bahawa pemerkasaan sebenar bermula dengan melengkapkan golongan belia dengan kemahiran praktikal untuk membina masa depan yang lebih baik. Inilah yang mencerminkan janji jenama kami, kerana di Maxis, Esok Bermula Hari Ini.” - Azizul Abdul Rahman, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis.

Daripada memenuhi keperluan segera masyarakat kepada memperkasa ekonomi menerusi kemahiran yang diperlukan pada masa hadapan, Maxis kekal komited untuk mewujudkan impak sosial yang mampan kepada komuniti yang disantuninya.

Archives
Tags