Maxis memperkasa cara baharu untuk menerokai semula Pusat Bandar Kuala Lumpur menerusi KL Festival 2026

The Dinocorns made an appearance during the opening weekend and will continue making appearances throughout the remaining festival weekends

Photo 1: Dinocorn hadir semasa majlis pembukaan pada hujung minggu dan akan terus membuat penampilan sepanjang baki hujung minggu festival.

Daripada kesalinghubungan yang lancar kepada pengalaman bandar yang lebih bermakna, Maxis sedang mentakrif semula cara orang ramai menikmati Kuala Lumpur, sebagai rakan telekomunikasi eksklusif dan penaja utama KL Festival 2026.

Bagi menyokong pengalaman keseluruhan festival ini, Maxis telah menambah baik liputan mudah alih di lokasi acara, termasuk menempatkan sebuah “Mobile Cellular Vehicle" (MCV) berhampiran Dataran Merdeka untuk memperkukuh kesalinghubungan semasa acara kemuncak pada hujung minggu pembukaan dan penutupan festival. Disokong oleh rangkaian Maxis yang pantas, diyakini dan selamat, para pengunjung dapat terus kekal berhubung dengan lancar sama ada untuk merujuk peta, mendapatkan maklumat terkini berkenaan festival, atau sekadar berhubung dengan rakan dan keluarga.

quote

“Di Maxis, kami sentiasa mencari cara yang bermakna untuk berhubung dengan pelanggan kami. Sokongan kami terhadap KL Festival 2026 membolehkan kami menjadi sebahagian daripada detik-detik yang mendekatkan orang ramai dengan bandar ini serta budaya di sekeliling. Ia juga merupakan satu peluang untuk menggalakkan orang ramai meneroka dan mengenali semula Pusat Bandar Kuala Lumpur (Downtown Kuala Lumpur) mengikut rentak dan cara mereka sendiri, serta melalui aktiviti yang dekat dengan diri mereka.” - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis

Dianjurkan oleh Think City dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), festival ini meraikan kreativiti, budaya dan komuniti di Pusat Bandar Kuala Lumpur, sambil menghidupkan semula pusat bersejarah bandar menerusi pengalaman budaya yang dikongsi bersama.

quote

“KL Festival mencerminkan visi bersama untuk Pusat Bandar Kuala Lumpur, bukan sekadar sebagai himpunan bangunan dan infrastruktur, tetapi sebagai sebuah bandar yang mampu huni dan kaya dengan budaya. Melalui kerjasama kami dengan Maxis, kami membawakan festival dan pengalaman digital ke dalam landskap bandar, sekali gus mewujudkan cara baharu untuk orang ramai melibatkan diri dan berasa lebih dekat dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur.” - Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Urusan Think City

Maxis turut memperkenalkan “KL Festival Discovery Pass”, iaitu laman mudah alih yang boleh diakses dengan mengimbas kod QR di lokasi acara. Ia membolehkan pengunjung mengakses butiran acara, menempah tiket dan mengumpul mata untuk memenangi pelbagai hadiah antaranya telefon pintar dan penginapan hotel, manakala pelanggan Maxis turut menikmati ganjaran eksklusif.

Discovery Pass where festival goers can check in to earn points and redeem rewards throughout the festival period

Photo 2: Pas Discovery membolehkan pengunjung festival mendaftar masuk untuk mengumpul mata dan menebus ganjaran sepanjang tempoh festival.

Selain kesalinghubungan dan pengalaman digital, Maxis juga merupakan penaja utama untuk acara hujung minggu pembukaan festival, “Jogeton”, iaitu sebuah maraton tarian yang rancak. Bagi memeriahkan suasana, Ruang Santai Keluarga Maxis menyediakan tempat untuk pengunjung berehat sambil menikmati hidangan ringan, permainan, serta peluang memenangi hadiah. Pengalaman yang sama turut menanti kaum keluarga pada hujung minggu penutup, 30 Mei, apabila mereka menyertai KL Festival untuk persembahan Pancaragam Asia.

Diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, Warisan KL, dan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Bandar Kreatif UNESCO, festival ini berlangsung dari 6 hingga 31 Mei 2026, menampilkan lebih daripada 80 acara percuma dan berbayar di 25 lokasi, merangkumi sejarah, seni dan budaya, sesuai untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Kerjasama ini menandakan kolaborasi kedua “Explore with Maxis” bersama Think City, dalam usaha mendekatkan orang ramai dengan kekayaan budaya dan keunikan Kuala Lumpur. Ia mencerminkan komitmen Maxis untuk mencipta penerokaan baharu setiap hari dan pengalaman yang menggembirakan, yang menghidupkan janji jenama, Esok Bermula Hari Ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web KL Festival 2026 di https://www.klfestival.com.my/.

Archives
Tags