Maxis perluas akses tenaga solar rumah dengan pilihan Pembelian Terus baharu untuk pelaburan jangka panjang

Maxis expands home solar accessibility with new Outright Purchase option for long-term investment

Maxis hari ini mengumumkan peluasan tawaran Maxis Home Solar dengan pilihan Pembelian Terus baharu, menjadikan tenaga boleh diperbaharui lebih mudah diakses oleh isi rumah di Malaysia. Tambahan kepada pelan langganan yang dilancarkan pada tahun 2025, pilihan baharu ini memberi pemilik rumah satu lagi cara untuk mengurangkan bil elektrik bulanan dan mengawal penggunaan tenaga mereka dengan Maxis Home Solar.

Sesuai untuk pemilik rumah yang mahukan pemilikan penuh sistem solar mereka, pilihan Pembelian Terus ini direka untuk memaksimumkan nilai jangka panjang. Pelanggan boleh mengurangkan bil elektrik bulanan sehingga 80%, dengan potensi memulihkan pelaburan awal dalam tempoh seawal tiga hingga lima tahun. Bagi menjadikan pelaburan ini lebih mudah diakses, Maxis menawarkan pelan bayaran mudah dengan 0% faedah sehingga 36 bulan menerusi rakan bank terpilih.

Bagi ketenangan minda tambahan, pelanggan yang memilih Pembelian Terus akan menikmati penyelenggaraan, insurans dan pemantauan prestasi solar secara percuma sehingga lima tahun apabila mereka melanggan sebelum 31 Mei 2026. Pelan ini meliputi sebarang kerosakan tidak sengaja pada komponen sistem PV solar, termasuk panel dan penyongsang, sekali gus melindungi pemilik rumah daripada kos pembaikan yang tidak dijangka.

Peluasan yang tepat pada masanya ini memberi pengguna kebebasan untuk memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan mereka. Ia juga menyokong seruan terkini kerajaan agar pengguna menyertai Solar Accelerated Transition Action Programme atau Solar ATAP, yang menggalakkan isi rumah menjadi lebih berdikari dari segi tenaga serta mengurangkan kesan ketidaktentuan harga elektrik.

quote

“Kami percaya Maxis Home Solar bukan sekadar membantu menurunkan bil elektrik pelanggan. Lebih-lebih lagi dengan kos tenaga yang turun naik pada masa kini dan keadaan cuaca yang tidak menentu, kami memahami bahawa pelanggan memerlukan lebih daripada sesuatu penyelesaian – mereka memerlukan jaminan. Itulah sebabnya kami komited sepenuhnya untuk memastikan pelaburan mereka terus memberikan prestasi cemerlang untuk tempoh 20 tahun akan datang. Demi ini, kami menyediakan tawaran Maxis Home Solar berasaskan perlindungan insurans yang menyeluruh dan sokongan berterusan yang teguh, bagi memberikan ketenangan minda sepenuhnya kepada pelanggan serta penjimatan tenaga jangka panjang yang sebenar, semuanya disokong oleh penyedia yang boleh dipercayai.” - Patrick Er, Pengarah Maxis Green Solutions Sdn. Bhd.

Maxis mempunyai rekod selama 30 tahun dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dan diiktiraf sebagai antara 10 jenama paling dipercayai di negara ini (Ipsos Trust Track 2025). Maxis Home Solar menyediakan pengalaman tanpa kerumitan menerusi sokongan hujung ke hujung, daripada pemasangan dan waranti hingga kepada perkhidmatan selepas pemasangan serta pemantauan prestasi sistem sepanjang masa.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Maxis Home Solar atau untuk menempah konsultasi percuma, layari https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/solar/.

Pelan Maxis Home Solar

(Terbuka kepada semua pelanggan yang memiliki kediaman bertanah di seluruh Semenanjung Malaysia)

Ciri Pelan Langganan Pelan Pembelian Terus
Paling sesuai untuk Pelanggan yang mahukan pengalaman solar tanpa kerumitan dengan komitmen awal yang minimum. Pelanggan yang mahukan pemilikan penuh serta ingin memaksimumkan nilai jangka panjang.
Struktur pembayaran
  • Bayaran bulanan tetap sehingga 10 tahun
  • Yuran pendahuluan rendah sebanyak RM1,000 dan bayaran bulanan bermula daripada RM256
  • Pelan bayaran mudah dengan faedah 0% sehingga 36 bulan
  • Bermula daripada RM20,499 atau RM570 sebulan (dengan pelan EzyPay 36 bulan pada kadar faedah 0%)
Manfaat utama
  • Penjimatan segera dari hari pertama sehingga 25%
  • Penyelenggaraan, insurans dan pemantauan percuma sepanjang tempoh kontrak
  • Menjimatkan sehingga 80% bil elektrik bulanan
  • Berpotensi memulihkan pelaburan awal dalam tempoh seawal 3 hingga 5 tahun
  • 3+2 tahun penyelenggaraan, insurans dan pemantauan percuma (untuk pendaftaran sebelum 31 Mei 2026)
Archives
Tags