Maxis memperkenalkan Pelan Famili Maxis baharu dengan internet rumah lebih pantas dan nilai lebih hebat untuk keluarga Malaysia
Maxis hari ini memperkenalkan Pelan Famili Maxis yang baharu, membawakan “Lebih Sambungan, Kurang Kerumitan” dengan kelajuan internet rumah lebih pantas, data mudah alih tanpa had, serta nilai yang lebih berbaloi untuk setiap isi rumah.
Pelan serba lengkap Famili Maxis ditawarkan dalam dua pilihan, RM299 dan RM399, kedua-duanya menawarkan kelajuan internet rumah ultra pantas. Pelan RM299 didatangkan dengan kelajuan fiber rumah 500Mbps, bersama tiga talian mudah alih 4G/5G tanpa had. Pelan RM399 pula menawarkan kelajuan 1Gbps, bersama empat talian mudah alih 4G/5G tanpa had.
Bagi memastikan pengalaman kediaman yang lengkap, pelanggan turut menerima penghala WiFi 6 untuk liputan yang diyakini, serta pemasangan percuma. Pelan ini juga disertakan dengan langganan percuma sooka Premium untuk masa terhad, membolehkan seisi keluarga menikmati sukan secara langsung, rancangan TV dan filem.
“Sama ada untuk kerja, pembelajaran atau hiburan, Pelan Famili Maxis baharu kami direka untuk memenuhi kesemuanya dengan mudah bagi keluarga di rumah atau di mana jua. Rangkaian kami yang pantas, diyakini dan selamat, memastikan pengalaman yang lancar untuk semua, daripada gaming berkelajuan tinggi hingga penstriman yang jelas. Pelan baharu ini mencerminkan komitmen kami untuk memberikan nilai yang lebih tinggi, memastikan keluarga kekal berhubung dengan detik-detik penting.” - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis
Maxis juga menawarkan fleksibiliti apabila keluarga berkembang atau keperluan berubah, membolehkan pelanggan menaik taraf kelajuan fiber rumah sehingga 2Gbps dan menambah sehingga enam talian mudah alih tambahan.
Pelanggan pelan RM299 boleh menaik taraf kepada 1Gbps pada kadar RM90 sebulan atau 2Gbps pada RM160 sebulan, manakala pelanggan pelan RM399 boleh menaik taraf kepada 2Gbps pada RM70 sebulan. Talian mudah alih tambahan boleh ditambah pada kadar RM48 bagi setiap talian, memastikan semua dapat menikmati ketersambungan lancar yang sama.
Di kawasan yang belum mempunyai fiber, pelanggan boleh memilih Pelan Famili Maxis melalui WiFi Rumah 5G tanpa had, yang disertakan penghala 5G percuma untuk pengalaman pasang dan guna.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.maxis.com.my/en/mobile-plans/family-plan/.