Maxis menceriakan Tahun Baharu Cina ini dengan menghubungkan dan menyantuni keluarga di Ipoh
(L-R) Ganesan a/l Nilamegan, Head of Kampung Baru (Buntong) Police Station; Muhammad Faiz Abdullah, Chairman, Rukun Tetangga Area Committee (KRT), PPR Taman Harmoni; Leonard Chin, Head of Nothern Region, Maxis; Nazialita Geynna Maharan, Vice President, Perak Women for Women; Cllr. Sivam a/l Kalimuthu, Ipoh City Council (MBI), Councillor for Ipoh Barat Buntong (Falim Zone); Cllr. Lawrence a/l R.Palanisamy, Ipoh City Council (MBI), Councillor for Ipoh Barat Buntong (Buntong Zone); Hajar Binti Ahamed, Deputy Director, Department of National Unity and Integration (JPNIN) Perak.
Maxis, dengan kerjasama Perak Women for Women (PWW), menyambut Tahun Kuda dengan membawa keceriaan dan semangat kebersamaan kepada keluarga kurang berkemampuan di Ipoh menerusi program “Maxis Connecting Moments: Chinese New Year Celebration”. Majlis tersebut diserikan oleh Ahli Majlis Sivam a/l Kalimuthu yang mewakili Datuk Bandar Ipoh, serta Ahli Majlis Lawrence a/l R. Palanisamy, kedua-duanya dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), bersama wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Bertemakan “"Menghubungkan Hari Ini, Kemakmuran Esok" (Connecting Today, Prosperity Tomorrow), sambutan tersebut telah diadakan di PPR Taman Buntong Harmoni, Ipoh, dengan penerima bantuan yang terdiri daripada 100 keluarga dari komuniti sekitar.
Sebagai persiapan menyambut Tahun Baharu yang bakal tiba, setiap keluarga menerima sumbangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula dan barangan asas lain, serta limau mandarin. Selain itu, komuniti berkenaan turut menerima 300 kad SIM percuma dan tiga komputer riba yang telah dinaik taraf, bagi menyokong akses digital untuk kelas komputer percuma yang diadakan setiap minggu di pusat komuniti PPR tersebut.
“Tahun Baru Cina melambangkan permulaan baharu serta pengukuhan hubungan yang bermakna. Kami berbesar hati dapat meraikannya bersama komuniti ini. Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat menyemarakkan kegembiraan perayaan dan pada masa yang sama memberi sokongan tegar kepada keluarga-keluarga agar mereka dapat menyambut tahun baru ini dengan lebih tenang serta dapat kekal berhubung.” - Azizul Abdul Rahman, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis
Sambutan itu turut disemarakkan dengan pelbagai permainan perayaan mesra keluarga termasuk sesi Bingo yang meriah dengan sokongan sukarelawan Maxis.
Tarian singa yang ceria serta upacara tradisional menggaul Yee Sang diikuti dengan jamuan perayaan bersama, menandakan penutup majlis dan melambangkan perpaduan, kemakmuran serta harapan bersama untuk tahun yang akan datang.
Selaras dengan kepercayaan Maxis bahawa “Esok Bermula Hari Ini”, Maxis kekal komited untuk memperkasa komuniti yang memerlukan.