Hotlink dan Hausboom perkenalkan ‘tin berkata-kata’ edisi terhad yang memberikan ganjaran hebat setiap Ahad

 Hotlink and Hausboom talking cans
  • Hotlink dan Hausboom melancarkan empat minuman tin edisi terhad yang menampilkan persona Hotlink Geng Bijak Berbajet.
  • Setiap tin mempunyai kod QR yang membolehkan pelanggan mendaftar dengan mudah untuk eSIM Prabayar Hotlink serta mengakses ganjaran Menang Ahad untuk peluang memenangi hadiah setiap hari Ahad.
  • Jumlah hadiah termasuk 1,000 tiket percuma ke Hausboom Festival 2025 dikuasai oleh Hotlink, telefon pintar, kredit prabayar, internet percuma dan banyak lagi.

Hotlink terus memperkukuh komitmennya dalam memperjuangkan nilai terbesar untuk pengguna bijak berbajet, membolehkan rakyat Malaysia menikmati lebih banyak perkara yang digemari. Dalam kolaborasi terbaharu, Hotlink bekerjasama dengan Hausboom sebagai penaja telko rasmi bagi Hausboom Festival 2025 dikuasai oleh Hotlink, sambil memperkenalkan kempen Menang Ahad yang menawarkan ganjaran hebat setiap Ahad. 

Hausboom merupakan jenama tempatan yang terkenal dengan minuman buah berkarbonatnya yang unik. Kerjasama ini memperkenalkan empat minuman tin Hausboom edisi terhad, masing-masing menampilkan persona Hotlink Geng Bijak Berbajet. Minuman ini tersedia dalam empat perisa – Cola Cola, Strawberry Candy, Classic Orange dan Grapple, serta boleh didapati di rangkaian kedai terkemuka di seluruh negara. 

Setiap tin menampilkan kod QR yang menghubungkan pengguna ke dunia Hotlink. Pengguna baharu boleh mengaktifkan pelan Prabayar Hotlink secara serta-merta melalui eSIM, manakala pengguna Hotlink sedia ada boleh mengakses ganjaran Menang Ahad untuk peluang memenangi hadiah setiap Ahad. Jumlah hadiah termasuk 1,000 tiket percuma ke Hausboom Festival 2025 dikuasai oleh Hotlink, telefon pintar bernilai RM5,999, kredit prabayar bernilai RM500, internet percuma selama setahun, serta baucar F&B.

Bagi merealisasikan kempen ini, Hotlink menjadikan tin ini sebagai ‘tin berkata-kata’, memberikan pelanggan cara unik dan interaktif untuk mendapatkan ganjaran. Saksikan kemunculan ‘tin berkata-kata’ ini dalam siri jelajah Hotlink di lokasi seluruh negara, serta siaran langsung mingguan setiap Ahad di saluran TikTok dan Instagram Hotlink. Nantikan peluang pusingan hadiah tambahan dan pemberian tiket percuma ke festival muzik semasa sesi ini.

quote

“Kami teruja melancarkan ‘tin berkata-kata’ pertama di Malaysia bersama Hotlink. Kolaborasi ini membuktikan bagaimana jenama minuman tempatan dan syarikat telko terkemuka boleh berkerjasama untuk menampilkan gabungan unik antara produk dan pengalaman digital untuk khalayak umum kami.” - Azri Zahier Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom

quote

“Bersama Hausboom, kami menjadikan setiap tin sesuatu ganjaran yang mengujakan dan interaktif untuk pelanggan kami. Ia adalah cara kreatif untuk kami berinteraksi dengan rakyat Malaysia melalui minat mereka, daripada pilihan minuman kegemaran hinggalah ke irama muzik. Kempen ini mengukuhkan janji kami untuk menyampaikan nilai terbesar, memastikan semua orang pasti mampu menang setiap Ahad.” - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.hotlink.com.my/ms/campaigns/hotlink-hausboom/.

Archives
Tags