Maxis Awards mengiktiraf inisiatif ‘food rescue’ yang lestari sebagai pemenang pusingan ketiga

  • Maxis Awards mengiktiraf idea-idea perniagaan yang memacu perubahan bermakna dan mampan dalam komuniti yang disasarkan
  • Projek ‘Digitizing Food Aid for the Needy’ oleh Yayasan Food Aid (FAF) memenangi Maxis Awards dan menerima penyelesaian Maxis Business, kepakaran teknikal, pembiayaan dan sokongan publisiti
  • Pusingan ketiga Maxis Awards dianjurkan dengan kerjasama SME dan Entrepreneurs Business Awards (SEBA) oleh Yayasan Usahawan Malaysia.

Sejak dilancarkan tahun lepas, Maxis Awards telah menerima banyak idea berevolusi daripada pencetus perubahan di Malaysia. Untuk pusingan ketiga Anugerah ini, Yayasan Food Aid (FAF) telah memenangi hati dan buah fikiran panel juri Maxis atas inisiatif mereka untuk mengurangkan pembaziran sambil membasmi kelaparan serta malnutrisi, yang digelar Digitizing Food Aid for the Needy.

Dalam majlis ‘SEBA 2022 Central Grand Awards Presentation Gala’ yang diadakan di Kuala Lumpur, FAF menerima anugerah itu daripada YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital yang diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng.

quote

“Dengan setiap siri Maxis Awards, kami telah melihat banyak idea berasaskan teknologi yang menarik dan boleh memberi impak positif kepada masyarakat Malaysia. Kami amat kagum dengan pendekatan sistematik FAF untuk mengurangkan makanan terbuang, sekaligus mengurangkan kesannya. Kami teruja untuk menyokong FAF dengan projek mereka melalui penyelesaian kami, dan berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif murni ini,” - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran, Maxis

Pusingan ketiga Maxis Awards telah dianjurkan dengan kerjasama SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA) oleh Yayasan Usahawan Malaysia.

quote

SEBA sentiasa mencari PKS dan usahawan yang layak dan boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kerjasama dengan Maxis ini terus mendukung misi kami dalam mencari idea-idea perniagaan yang terbaik. Kami mengucapkan tahniah kepada FAF atas cadangan cemerlang mereka dan menantikan lebih banyak berita tentang kejayaan mereka,” - Nitesh Malani, Pengasas SEBA dan Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia

Idea kemenangan FAF ialah inisiatif food rescue, di mana mereka mengumpulkan makanan yang disumbangkan oleh pengeluar, pengedar, pemborong dan syarikat untuk diedarkan ke rumah kebajikan, pertubuhan sukarelawan, komuniti pelarian dan orang asli, pusat pembekalan serta keluarga B40.

Dengan memanfaatkan teknologi dan penyelesaian berpandangan jauh, FAF bertujuan untuk meningkatkan usaha mereka berkhidmat kepada golongan yang kurang bernasib baik. FAF berharap lebih ramai masyarakat boleh mendapat manfaat daripada misi mereka untuk mencetus harapan, sekaligus membasmi kelaparan dan kemiskinan.

quote

“Menurut SWCorp, sebanyak 4,005 tan makanan yang masih boleh dimakan, dibuang setiap hari. Dengan jumlah ini, seramai 2.9 juta orang boleh makan tiga kali sehari. Oleh itu, kesedaran tentang kemiskinan makanan adalah keutamaan kami di FAF. Oleh sebab inisiatif kami melibatkan banyak pihak berkepentingan, pengurusan inventori dan data serta sumber logistik adalah amat penting bagi operasi perniagaan kami. Bersama dengan Maxis, kami teruja untuk menyelaraskan proses-proses ini dengan berkesan, sekaligus meneruskan usaha dalam food rescue untuk membasmi kelaparan serta kemiskinan,” - Dr Dalphine Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, FAF

Maxis Awards: Memperkasa dan menyokong pencetus perubahan

Maxis Awards mengiktiraf, membolehkan dan memperkasa perusahaan sosial Malaysia yang mempunyai idea-idea perniagaan yang cemerlang dan mendorong perubahan bermakna serta mampan dalam komuniti sasaran mereka. Cadangan yang dikemukakan dinilai oleh panel juri Maxis berdasarkan proses penilaian yang ketat. Cadangan kemudiannya disenarai pendek berdasarkan tiga kriteria utama – inovasi, peranan teknologi, dan nilai tambahanyang jelas kepada masyarakat baik dari segi ekonomi, sosial, dan/atau persekitaran.

Pemenang akan meraih manfaat daripada penyelesaian digital, sesi perundingan dan promosi yang dibiayai oleh Maxis untuk menghidupkan idea mereka. Seperti pemenang-pemenang Maxis Awards sebelum ini, FAF akan menerima sehingga RM150,000 dalam bentuk penyelesaian Maxis Business, kepakaran teknikal, geran kewangan untuk mendigitalkan proses perniagaan dalaman mereka, serta sokongan pemasaran dan publisiti.

Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis Awards dan untuk membaca tentang pemenang bagi pusingan-pusingan lalu, layari https://www.maxis.com.my/en/maxis-awards/.  

Archives
Tags