Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis salah satu syarikat telekomunikasi pertama dianugerahkan pensijilan Anti-Bribery Management System

Maxis one of the first telcos to be awarded multiple Anti-Bribery Management System certifications
  • Menerima sijil ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) daripada SIRIM QAS International dan International Certification Network (IQNET)
  • Pengiktirafan adalah bukti komitmen syarikat telekomunikasi untuk menjalankan perniagaan dengan tahap integriti dan tadbir urus tertinggi, selaras dengan strategi kelestarian MAX+ yang baru dilancarkan

SIARAN MEDIA
Untuk edaran segera
Kuala Lumpur, 25 November 2022

Maxis antara syarikat telekomunikasi pertama yang dianugerahkan pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) untuk beberapa tapak. Sebanyak lima sijil telah dianugerahkan kepada ibu pejabatnya di Menara Maxis dan tapak berlainan di Sungai Besi, Sunway Pinnacle, Subang Hi-tech dan Gudang Shah Alam. Pensijilan tersebut telah dianugerahkan oleh SIRIM QAS International dan International Certification Network, IQNet, merupakan bukti kepada piawaian tadbir urus korporat syarikat telekomunikasi yang teguh.

Pada majlis yang diadakan di Menara Maxis, Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis menerima pensijilan daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Berhad, YBhg Dato’ Indera Dr. Hj Ahmad Sabirin bin Arshad.

“Kami bagi pihak SIRIM mengucapkan tahniah kepada Maxis kerana menjadi antara beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang telah dianugerahkan pensijilan penting ini. Kami gembira dengan pencapaian Maxis, yang telah menunjukkan komitmen yang kuat untuk menegakkan amalan terbaik dan tadbir urus yang kukuh supaya boleh terus kekal berdaya saing. Ini selaras dengan cita-cita kami di SIRIM untuk menawarkan penyelesaian inovatif melalui perkhidmatan ujian, pemeriksaan dan pensijilan yang ketat,” kata YBhg Dato’ Indera Dr. Hj Ahmad Sabirin.

“Pencapaian dari SIRIM QAS ini amat penting bagi kami yang jelas menunjukkan komitmen berterusan Maxis untuk membina budaya ketelusan dan integriti, sambil menimbulkan kepercayaan dan keyakinan daripada pelanggan kami. Sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka negara, Maxis mempunyai pendekatan sifar toleransi terhadap semua bentuk rasuah, dan pensijilan ini mengesahkan kepimpinan kami dalam bidang ini, selaras dengan strategi kelestarian MAX+ yang baru kami lancarkan,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

ISO 37001:2016 ABMS adalah berdasarkan amalan baik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, menyatakan keperluan dan panduan dalam melaksanakan, reka bentuk, menyelenggara, dan menambah baik sistem pengurusan anti-rasuah organisasi. Ia bantu mencegah, mengesan dan bertindak balas terhadap rasuah sambil mematuhi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan undang-undangn dan peraturan pencegahan rasuah yang lain.

Kami Adalah Maxis 
Maxis adalah penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia, dengan kepakaran penyelesaian kesalinghubungan dan perkhidmatan digital berkualiti tinggi. Sebagai jenama tempatan Malaysia yang telah beroperasi lebih 25 tahun, Maxis menggabungkan teknologi terbaik untuk membolehkan rakyat, perniagaan dan negara Terus Menerajui dalam dunia yang berubah. Dengan digitalisasi yang kian mengubah gaya hidup, berkomunikasi dan menggunakan perkhidmatan, kami terus berinovasi melalui produk dan perkhidmatan kami untuk pengguna dan perusahaan dengan memanfaatkan rangkaian konvergen ulung kami yang menjangkau lebih dari 93% populasi negara serta salah satu dari rangkaian runcit terluas di Malaysia. 

Kami meneruskan pelaburan tempatan dengan memberikan impak positif kepada semua pihak melalui program kemasyarakatan kami. Ini tertumpu kepada pembelajaran digital untuk kanak-kanak, serta membantu perkembangan perniagaan kecil, memperkasakan usahawan wanita secara digital dan menyediakan program biasiswa dan peluang menggilap keupayaan bakat muda Malaysia.

Maxis adalah syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia, dengan saham dimiliki oleh lebih 4,400 pemegang saham institusi merangkumi lebih daripada 23% Pelabur Berkaitan Kerajaan pada Jun 2021. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

Keith Pereira
Ketua Komunikasi Korporat
Tel: +6012-297 5662
Email: kpereira@maxis.com.my

Aisyah Mustapha
Komunikasi Korporat
Tel: +6012-381 8790
Email: maiaisyahmk@maxis.com.my

Archives
Tags