Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis sokong penyediaan perkhidmatan jalur lebar mampu milik untuk komuniti sasaran

Maxis Logo

Maxis menerima baik pengumuman daripada Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, mengenai Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap, yang akan menyediakan akses perkhidmatan jalur lebar mampumilik kepada segmen sasaran iaitu  golongan B40, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, serta veteran.

Sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka, Maxis komited untuk memainkan peranan penting dalam menyokong agenda Kerajaan untuk menjadikan kesalinghubungan sebagai perkhidmatan utiliti yang asas dan boleh diakses semua.

Syarikat telekomunikasi tersebut percaya ini merupakan inisiatif penting dan tepat pada masanya kerana ia boleh membantu rakyat Malaysia kekal di hadapan dalam persekitaran yang semakin digital untuk masa lapang, kerja, pendidikan dan hiburan.

Butiran pelaksanaan Pakej Perpaduan kami akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Archives
Tags