Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Program Biasiswa Maxis 2022 kembali dengan fokus berterusan untuk membina keupayaan teknologi

Maxis Scholarship Programme 2022 returns with a continued focus on building critical tech capabilities
  • Program Biasiswa Maxis membolehkan anak muda Malaysia mencapai aspirasi akademik bidang STEM, kepimpinan dan keupayaan inovasi
  • Dengan sambutan yang menggalakkan sejak dilancar pada tahun 2020, bakat muda dan wanita dijemput untuk menghantar permohonan mereka dari sekarang hingga 12 September
  • Program menunjukkan komitmen Maxis untuk melabur dalam bakat muda Malaysia

Sebahagian besar komitmen Maxis untuk melabur dalam negara adalah dengan menyokong komuniti –pelajar, wanita, usahawan dan komuniti B40 – melalui kepentingannya dalam pendidikan. Dengan melabur dalam bakat wanita, STEM, kepimpinan dan inovasi bagi generasi akan datang, Program Biasiswa Maxis yang terkemuka kini kembali untuk membantu golongan muda Malaysia mencapai aspirasi akademik mereka dan peluang untuk menyumbang kepada negara.

“Kami berbesar hati melihat sambutan positif terhadap program Biasiswa kami sejak dilancar pada tahun 2020. Matlamat kami adalah untuk terus menyokong bakat muda Malaysia dalam membina kemahiran lestari, agar mereka kekal menerajui dan relevan dalam lanskap yang pantas berubah serta dipacu oleh teknologi. Ini ialah peluang yang hebat dan tepat masanya untuk pelajar, jadi kami mengalakkan calon untuk memohon hari ini!” kata Natalia Navin, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Maxis.

Permohonan kini dibuka hingga 12 September 2022. Calon yang berminat boleh menyemak kriteria dan mengetahui cara permohonan di https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/career/maxis-scholarship-programme/

Tiga kategori biasiswa Maxis adalah seperti berikut:

  1. Maxis Women in Tech Scholarship: Membolehkan wanita muda yang cemerlang dari semua latar belakang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang teknologi yang berbeza.
  2. Maxis Tech Scholarship: Membentuk bakat yang minat teknologi dan inovasi untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pelbagai bidang teknologi.
  3. Maxis Young Leaders Scholarship: Menyediakan platform untuk mendorong pelajar ke arah membina kepimpinan, serta sebagai pencetus inovasi dan perubahan.

Tahun lepas, 15 individu cemerlang telah dianugerahkan biasiswa Maxis selepas proses pemilihan yang melibatkan penilaian, activity berkumpulan dan temu duga.

Testimoni penerima Biasiswa Maxis yang sekarang:

quote

“Program Biasiswa Maxis telah memberikan saya peluang untuk melanjutkan minat saya dalam bidang Sains Komputer. Melalui program ini, saya juga diberikan peluang latihan amali, di mana saya dapat belajar dan memahami bagaimana pengkomputeran digunakan untuk inovasi dan transformasi. Saya berterima kasih kepada Maxis kerana memberikan saya peluang untuk mencapai impian saya.” - Choo Carmen, Maxis Women In Tech Scholar, studying Computer Science at Monash University Malaysia

quote

“Saya mencari biasiswa untuk meringankan beban kewangan keluarga saya kerana yuran bagi ijazah STEM sangat mahal, terutama sekali di universiti yang terkemuka. Program Biasiswa Maxis ialah peluang keemasan. Program ini membuktikan betapa Maxis menghargai bakatnya disebabkan kerjasama rapat mereka dengan kami.” - Roy Ng Zhan Lok, Maxis Tech Scholar, studying Mechanical-Electronic (Mechatronic) & Robotics Engineering at Monash University Malaysia

quote

“Saya teruja kerana dipilih sebagai penerima Biasiswa Maxis tahun lepas, sekaligus dapat membina kemahiran saya dalam bidang teknologi. Selain daripada bantuan kewangan, latihan amali mendedahkan kami kepada teknologi terkini. Kami juga mendapat sokongan daripada penyelia, rakan-rakan penerima biasiswa yang lain dan Pasukan Bakat Muda untuk sentiasa memperbaik diri kami. Mereka melengkapkan kami dengan pengetahuan baharu yang membolehkan kami menyerlahkan potensi diri.” - Farah Dayana Durra Binti Jamil, Maxis Women In Tech scholar, studying Computer Science and Information Technology (Software Engineering), Universiti Malaya

Calon yang berminat digalakkan untuk menyemak kriteria kelayakan dan mengetahui cara permohonan di https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/career/maxis-scholarship-programme/

Archives
Tags