Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis eKelas terus menyediakan peluang untuk meningkatkan prestasi akademik

AG Main Banner
  • eKelas, program komuniti utama Maxis, ialah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dari masyarakat luar bandar
  • eKelas membawa pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan melalui gabungan tutorial langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan, dan kandungan digital melalui portal dan aplikasi
  • Anugerah Gemilang popular kembali untuk memberi ganjaran dan motivasi kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam gred akademik mereka

eKelas, program komuniti utama Maxis, berada pada momentum yang kukuh dengan lebih daripada 65,000 pelajar yang berhubung melalui portal dan aplikasi mudah alih eKelas. Sebagai program yang diiktirafkan di bawah Highly Immersive Programme oleh Kementerian Pendidikan sejak tahun 2019, Maxis telah meningkatkan kesedaran eKelas di sekolah dan membawa program ini ke 1,200 sekolah, supaya pelajar boleh menyertai dan memanfaatkan eKelas.

Sebagai inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah bagi pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5, Maxis eKelas membawa pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan, serta menyediakan akses kepada kandungan pendidikan yang berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Bertumpukan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, pelajar didedahkan kepada pembelajaran berasaskan gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan dan kandungan digital melalui portal dan aplikasi eKelas. eKelas kini menyediakan pengalaman pembelajaran digital yang lengkap, termasuk peluang untuk pelajar mengambil bahagian dalam kempen seperti pertandingan STEM untuk pengekodan, kemahiran berfikir kreatif dan mereka bentuk, pertandingan menulis karangan.

Anugerah Gemilang, iaitu skim Geran Pelajar yang popular di bawah Maxis eKelas kembali lagi pada tahun ini untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada pelajar, demi mencapai matlamat akademik mereka melalui pemberian ganjaran kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan gred di sekolah. Disasarkan kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 5, Anugerah Gemilang akan memberikan geran tunai kepada 100 pelajar, berdasarkan kriteria penilaian yang ketat. Untuk layak menerima anugerah ini, pelajar harus mencapai minimum satu peningkatan gred dalam dua atau ketiga-tiga subjek yang diajar dalam eKelas, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Pelajar yang layak boleh menyerahkan keputusan peperiksaan akhir persekolahan bagi tahun sebelumnya dan tahun semasa. Ini melayakkan mereka untuk menerima RM600 dan RM1,200 untuk penambahbaikan subjek yang ditetapkan. Wang ini kemudiannya akan dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional pelajar.

quote

“Kami bangga melihat perkembangan eKelas selama bertahun-tahun dan Anugerah Gemilang ialah sorotan popular dan penting bagi program tersebut, serta insentif yang hebat untuk pelajar berjaya dalam tiga mata pelajaran. Kami telah menerima respons positif dalam penyerahan pada masa lalu, dan kami menggalakkan pelajar mendaftar untuk eKelas sekarang serta mengambil langkah pertama, iaitu dengan melengkapkan kuiz penilaian di portal,” - Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat, Maxis

Sebagai pra-syarat, pelajar perlu melengkapkan kuiz Pra- dan Pasca Penilaian di portal eKelas bermula sekarang hingga 31 Disember untuk layak menerima anugerah tersebut. Mereka kemudiannya perlu menyerahkan keputusan Pasca Penilaian dan permohonan untuk Anugerah Gemilang bermula 1 Mac hingga 30 April 2023. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.ekelas.com.my/anugerahgemilang2022/

Archives
Tags