Maxis perkukuh infrastruktur rangkaian seluruh negaranya dengan teknologi pengangkutan optik Nokia

Maxis Logo

Maxis baru-baru ini melaksanakan teknologi pengangkutan optik Nokia, sekali gus memperkukuh infrastruktur rangkaian di seluruh negara dan rentas sempadan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap AI serta kesalinghubungan perusahaan.

Sebagai rakan infrastruktur digital dan kesalinghubungan yang dipercayai oleh perniagaan di Malaysia, Maxis Business telah menghubungkan lebih daripada 50 pusat data di seluruh negara. Pelaksanaan ini seterusnya meningkatkan keupayaan untuk memenuhi keperluan segmen tersebut, memperluas portfolio perusahaan serta memastikan penskala hiper dan pelanggan mendapat prestasi yang konsisten dan berkualiti tinggi.

Melalui pelaksanaan ini, Maxis memanfaatkan teknologi optik 1830 PSS dan PSE-6 daripada Nokia untuk menyediakan kapasiti sehingga 1.2 Tbps bagi setiap saluran. Dengan memperluas spektrum penghantaran menggunakan teknologi jalur C+L, kapasiti bawaan fiber sedia ada dapat digandakan, manakala automasi WaveSuite Nokia memastikan tahap ketahanan rangkaian yang tinggi.

Bagi pelanggan perusahaan, ini bermakna rangkaian yang pantas, diyakini dan selamat, yang menyediakan sokongan kukuh untuk beban kerja kritikal. Pelaksanaan ini juga membolehkan pemain over-the-top (OTT) dan penskala hiper menyediakan penstriman media 4K berkapasiti tinggi, pengkomputeran AI berketumpatan tinggi, Kesalinghubungan Pusat Data (Data Centre Interconnect) serta sandaran data berskala besar tanpa lag.

quote

“Kerjasama kami dengan Nokia memperkukuh asas optik rangkaian kami, membolehkan kami memenuhi permintaan trafik yang semakin meningkat sambil menyediakan pengalaman kesalinghubungan terbaik dalam kelasnya kepada pelanggan global dan tempatan yang memerlukan rangkaian berdaya tahan, selamat, berkapasiti tinggi serta berlatensi rendah untuk mengurus beban kerja AI dan menghubungkan pusat data mereka di Malaysia dengan seluruh dunia. Kerjasama ini juga membolehkan kami menyokong dan memajukan agenda transformasi digital kerajaan. Kami berharap dapat terus bekerjasama dengan Nokia dalam inisiatif-inisiatif lain pada masa hadapan,” - Prateek Pashine, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

quote

“Teknologi rangkaian optik generasi baharu Nokia membolehkan penyedia perkhidmatan seperti Maxis membina rangkaian pengangkutan yang boleh diskalakan bagi menyokong pertumbuhan pesat trafik AI, awan dan perusahaan. Bersama-sama, kami membina asas rangkaian optik yang bersedia untuk masa hadapan bagi menghubungkan kecerdasan yang berkembang merentasi ekosistem AI, awan dan perusahaan, di samping menyokong kesalinghubungan yang kukuh serta perkhidmatan digital baharu,” - Ming Kin Ngiam, Ketua Asia Tenggara Nokia.

Dengan memodenkan rangkaian pengangkutan optiknya, Maxis secara aktif menyokong aspirasi digital Malaysia untuk menjadi hab digital serantau. Inisiatif ini memberikan kapasiti yang tiada tandingan untuk memperkasakan perkhidmatan digital generasi akan datang.

Archives
Tags