Maxis melancarkan Max Secure untuk membantu pelanggan kekal lebih selamat dalam talian

Maxis launches Max Secure to help customers stay safer online

Maxis Berhad (Maxis) mengumumkan pelancaran Max Secure, perkhidmatan langganan keselamatan berasaskan AI yang menawarkan lapisan perlindungan tambahan kepada pelanggan daripada ancaman digital yang semakin berkembang. Mulai hari ini, penyelesaian ini tersedia untuk pelanggan Maxis Postpaid, Home Fibre dan Family Plan, serta menyediakan perlindungan pada peringkat peranti untuk aktiviti dalam talian mereka.

Dikuasakan oleh F-Secure, penyedia keselamatan internet global, Maxis Max Secure menggabungkan empat ciri utama bagi membantu pelanggan kekal lebih selamat dalam talian:

  • Keselamatan internet: Melayari internet dengan lebih yakin menerusi perlindungan tambahan daripada virus, perisian hasad (malware) dan laman web berbahaya, termasuk portal perbankan palsu yang direka untuk mencuri maklumat peribadi serta maklumat perbankan.
  • Perlindungan daripada penipuan: Mengenal pasti kandungan yang mencurigakan serta mesej penipuan, laman web beli-belah palsu dan pautan pancingan data (phishing), selain menyekat iklan yang mengganggu dan penjejak tersembunyi.
  • Perlindungan identiti: Melindungi maklumat peribadi melalui pemantauan kebocoran data. Pelanggan akan menerima amaran sekiranya maklumat mereka terjejas, berserta panduan tentang langkah seterusnya.
  • Perlindungan privasi: (Tersedia untuk pelan terpilih) Meningkatkan privasi dalam talian melalui sambungan VPN yang disulitkan, khususnya ketika menggunakan rangkaian Wi-Fi awam.

Serasi dengan telefon pintar, tablet dan komputer, Maxis Max Secure menawarkan pilihan pelan fleksibel untuk individu dan keluarga, bermula daripada RM5 untuk tempoh 30 hari:

  • Basic 3 Peranti: RM5 / 30 hari
  • Basic 6 Peranti: RM8 / 30 hari
  • Premium 3 Peranti dengan VPN Privasi: RM9 / 30 hari
  • Premium 6 Peranti dengan VPN Privasi: RM15 / 30 hari
quote

"Seiring dengan kehidupan kita yang semakin digital, melindungi pelanggan kekal sebagai keutamaan tertinggi kami. Di samping terus menyediakan rangkaian yang pantas, diyakini dan selamat, Maxis Max Secure menawarkan lapisan perlindungan tambahan daripada penipuan dalam talian dan risiko digital yang lain. Melalui penyelesaian ini, kami memperkasakan rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman digital dengan lebih keyakinan dan kawalan yang lebih baik, selaras dengan kepercayaan kami bahawa Esok Bermula Hari Ini." - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis.

Pelanggan boleh melanggan melalui aplikasi atau laman web Maxis dan nikmati tawaran percuma selama 30 hari menerusi pelan Basic 3 Peranti. Aplikasi Maxis Max Secure boleh dimuat turun pada peranti serasi yang menggunakan sistem pengendalian iOS, macOS, Android dan Windows, tertakluk pada had peranti bagi setiap pelan.

Sementara itu, ciri keselamatan rangkaian yang terbina dalam perkhidmatan Maxis akan terus melindungi pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://lifestyle.maxis.com.my/bm/product/protect/maxsecure

Archives
Tags