Maxis semarakkan semangat kesyukuran menerusi kempen Raya 'Syukur Bersama', menggabungkan penceritaan yang menyentuh hati dengan inovasi digital
Sempena Hari Raya ini, Maxis melancarkan kempen ‘Syukur Bersama’, menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi rezeki dan mengeratkan hubungan yang bermakna. Inisiatif ini menampilkan sebuah filem jenama perayaan, alat AI yang dipertingkatkan untuk ucapan yang diperibadikan, dan kerjasama berterusan dengan jenama rekaan tempatan, Loka Made.
Filem Jenama Mengenai Erti Rezeki Sebenar:
Berlatarkan suasana bazar yang sibuk, filem ini mengisahkan seorang peniaga yang mendapati bahawa rezeki bukan sekadar keuntungan material atau kewangan. Ia sering hadir dalam pelbagai bentuk—sama ada besar atau kecil. Kisah ini menggambarkan semangat sebenar musim perayaan, menunjukkan bagaimana rasa syukur menjadi lebih mendalam apabila rezeki dikongsi bersama orang lain.
Gabungan AI dengan Seni Pantun: Maxis memperkenalkan semula alat AI yang menukarkan gambar kepada ucapan Hari Raya 3D yang diperibadikan, berinspirasikan rekaan artistik Loka Made. Alat ini juga telah ditambah baik untuk menjana pantun klasik, menghidupkan semula warisan seni pantun ini untuk era digital dan membolehkan pengguna berkongsi mesej perayaan yang tulus.
Menerusi gabungan teknologi dan hasil seni tempatan, kerjasama ini meraikan bagaimana AI boleh membawakan rekaan yang seronok, mudah dikongsi dan mencerminkan keunikan Malaysia kepada lebih ramai orang. Pengalaman ini tersedia di aplikasi Maxis dan laman web Maxis.
Sampul Raya Lestari & Pelekat Digital: Kerjasama ini juga menampilkan koleksi sampul raya edisi terhad yang diperbuat daripada bahan lestari, tersedia dengan sebarang transaksi di cawangan Maxis. Rekaannya menampilkan watak-watak kecil yang saling berhubung di tengah-tengah motif perayaan Raya, melambangkan kegembiraan bersama dan perkongsian rezeki.
Pelekat WhatsApp Hari Raya dalam format GIF juga tersedia secara eksklusif untuk pelanggan Maxis melalui pembantu AI dalam aplikasi Maxis.
Aidilfitri ini, Maxis menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati musim perayaan dengan mengeratkan lagi hubungan bermakna yang menyatukan kita, sambil berkongsi rezeki sesama kita.