Hotlink memperkenalkan SIM Travel 7 hari baharu untuk pelancong jangka pendek
Bagi memenuhi keperluan pelancong yang berkunjung untuk jangka pendek, Hotlink memperluaskan penawaran SIM Travel-nya menerusi pilihan 7 hari yang baharu.
Pada harga RM25, SIM Travel Hotlink 7 hari menawarkan kelajuan tanpa had serta penggunaan internet 5G tanpa had di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.
Pelan baharu ini memberi lebih fleksibiliti kepada pelancong untuk terus berhubung sepanjang percutian singkat, di samping melengkapkan pilihan SIM Travel Hotlink 15 hari dan 30 hari untuk perjalanan yang lebih lama.
Berikut ialah ringkasan semua pilihan SIM Travel Hotlink yang ditawarkan:
| Harga* | RM25 | RM35 | RM64 |
|---|---|---|---|
| Tempoh sah laku | 7 Hari | 15 Hari | 30 Hari |
| Ciri-ciri |
|
|
|
*Harga di atas termasuk SST 6% (dikenakan kepada bukan warganegara Malaysia).
SIM Travel Hotlink boleh dibeli di Maxis Centre yang terletak di KLIA Terminal 1 & 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, serta di hab pelancongan terpilih.
Maklumat lanjut: https://www.hotlink.com.my/ms/products/travel-sim/