Aplikasi mudah alih Maxis diiktiraf dengan Anugerah Reka Bentuk iF 2026 atas pengalaman yang mengutamakan pelanggan
Maxis Berhad (Maxis) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa aplikasi mudah alih Maxis telah memenangi Anugerah Reka Bentuk iF 2026 yang berprestij tinggi dalam disiplin Pengalaman Pengguna (UX), kategori UX Produk. Anugerah global ini mengiktiraf reka bentuk intuitif aplikasi tersebut, yang menjadi teras kepada pendekatan Maxis yang mengutamakan pelanggan.
Direka bentuk berdasarkan keperluan harian pelanggan, aplikasi Maxis membolehkan pengguna menguruskan perkhidmatan mudah alih dan kediaman mereka dengan lebih mudah dan terkawal. Pengiktirafan ini mencerminkan tumpuan berterusan Maxis dalam mencipta pengalaman digital yang lancar, membolehkan pelanggan terus berhubung dengan lebih mudah dan yakin.
Bersaing dengan lebih 10,000 penyertaan dari 63 negara, aplikasi Maxis telah diiktiraf oleh panel yang terdiri daripada 129 pakar reka bentuk antarabangsa. Dianjurkan oleh iF International Forum Design GmbH yang berpangkalan di Jerman, Anugerah Reka Bentuk iF adalah salah satu simbol kecemerlangan reka bentuk yang paling dihormati di dunia dan telah menetapkan standard reka bentuk global sejak tahun 1954.
“Pengiktirafan ini membuktikan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman yang benar-benar mengutamakan pelanggan. Aplikasi Maxis direka untuk membantu pelanggan mengurus kehidupan digital mereka dengan lebih mudah pada setiap titik sentuhan. Sama ada mereka mengakses sokongan atau menguruskan akaun, matlamat kami adalah untuk menjadikan setiap interaksi lebih ringkas.” - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis
Dibina berasaskan keringkasan dan kepantasan, aplikasi Maxis yang direka bentuk semula ini menjadikan urusan harian seperti membayar bil, memantau penggunaan dan mengurus tetapan WiFi lebih pantas dan intuitif untuk pelanggan. Pembantu AI Maxis dalam aplikasi ini meningkatkan lagi pengalaman dengan menawarkan sokongan segera dan membolehkan transaksi melalui perbualan yang semula jadi, sekali gus mengurangkan keperluan untuk membuat panggilan atau kunjungan ke cawangan.
Aplikasi ini diintegrasikan dengan lancar bersama saluran runcit dan sokongan pelanggan Maxis, mewujudkan pengalaman yang lebih konsisten dan meyakinkan merentasi titik sentuhan fizikal dan digital. Bagi memberikan lebih ketenangan fikiran, ia boleh diakses walaupun tanpa data mudah alih, jadi pelanggan boleh terus mendapatkan sokongan yang mereka perlukan pada saat-saat penting.
Ini merupakan Anugerah Reka Bentuk iF kedua bagi Maxis, selepas pengiktirafan aplikasi Hotlink pada tahun 2024. Pencapaian ini memperkukuh kedudukan Maxis sebagai satu-satunya syarikat telekomunikasi Malaysia yang menerima penghormatan berprestij ini untuk aplikasi mudah alihnya.
Berpandukan janji jenama “Esok Bermula Hari Ini”, Maxis kekal komited untuk terus menambah baik pengalaman pelanggan dengan menjangkakan keperluan dan membolehkan rakyat Malaysia berhubung dengan yakin dalam dunia yang semakin digital.
Petikan penuh Anugerah Reka Bentuk iF boleh dirujuk di sini:
https://ifdesign.com/en/winner-ranking/project/maxis-self-serve-mobile-application/735859