Maxis memacu bandar yang lebih pintar dan selamat dengan penyelesaian perbandaran berasaskan AI di Smart City Expo Kuala Lumpur 2025

(L-R) Azizul Abdul Rahman, Chief Corporate Affairs Officer, Maxis, YB Tuan Gobind Singh Deo, Minister of Digital, and Shriraam A/L Asokumar, IoT Solution-Enterprise Solutions, Maxis, in front of the Maxis Booth at the Smart City Expo Kuala Lumpur 2025.

(Dari kiri ke kanan) Azizul Abdul Rahman, Ketua Pegawai Korporat, Maxis, YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, dan Shriraam A/L Asokumar, Solusi IoT-Solusi Perusahaan, Maxis, berada di hadapan kios Maxis sempena Smart City Expo Kuala Lumpur 2025.

Maxis Berhad (Maxis) menampilkan peranannya sebagai pemangkin utama transformasi digital di Smart City Expo Kuala Lumpur (SCEKL) 2025. Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, acara tersebut berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Menerusi cabang B2Bnya, Maxis Business, Maxis mempamerkan penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) di bawah tema “Cities of Tomorrow Begin Today”, yang direka untuk menangani cabaran bandar kritikal.

Pameran Maxis telah dikunjungi oleh Menteri Digital, YB Tuan Gobind Singh Deo, yang diberi taklimat tentang bagaimana penyelesaian bandar pintar boleh mempercepatkan pendigitalan bagi pihak berkuasa tempatan serta mempertingkatkan perkhidmatan awam. Inisiatif transformasi digital Maxis sejajar dengan teras strategik Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang menetapkan penggunaan AI sebagai asas kepada pertumbuhan negara.

quote

“Bandar pintar berkisar tentang penggunaan penyelesaian yang praktikal dan berskala untuk menyelesaikan cabaran bandar yang sebenar. Kes penggunaan yang sedia dilaksanakan Maxis dapat membolehkan pengurusan bandar yang lebih pintar, cekap dan selamat untuk pihak berkuasa tempatan serta agensi perkhidmatan awam, demi manfaat komuniti yang mereka berkhidmat. Peranan Maxis Business sebagai rakan digital adalah untuk memperkasa sektor awam dan swasta dengan memudahkan penerimagunaan teknologi termaju ini. Kami akan terus memanfaatkan kekuatan teras kami dalam perkhidmatan keterhubungan dan infrastruktur, serta bekerjasama dengan rakan ekosistem untuk menyokong agenda digital Malaysia.” - Prateek Pashine, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis

Azizul Abdul Rahman, Chief Corporate Affairs Officer, Maxis, (right) sharing with YB Tuan Gobind, Minister of Digital, (center) how use cases highlight how AI can be applied to solve real-world urban challenges in areas like public safety and traffic management.

Azizul Abdul Rahman, Ketua Pegawai Korporat, Maxis, (kanan) berkongsi kepada YB Tuan Gobind, Menteri Digital, (tengah) bagaimana kes penggunaan membuktikan keupayaan AI untuk menyelesaikan tentangan dunia sebenar di bandar dalam hal seperti keselamatan awam dan pengurusan trafik.

Pameran tersebut menghidupkan tiga kes penggunaan AI yang praktikal, semuanya disokong oleh keterhubungan yang pantas, boleh dipercayai dan selamat daripada Maxis. Kes-kes penggunaan ini menunjukkan bagaimana AI boleh diaplikasikan untuk menyelesaikan cabaran perbandaran sebenar dalam aspek keselamatan awam dan pengurusan trafik, seterusnya mewujudkan komuniti yang lebih selesa didiami dan selamat.

Kes penggunaan pertama mempromosikan jalan raya yang lebih selamat dengan mengesan secara automatik tingkah laku pemanduan tidak selamat seperti penggunaan telefon bimbit atau kegagalan memakai tali pinggang keledar. Keupayaan ini membantu mengenal pasti kawasan berisiko tinggi dan tingkah laku berbahaya yang lazim, sekali gus membolehkan perancangan keselamatan jalan raya yang lebih berkesan.

Kes kedua memberi tumpuan kepada mobiliti bandar, menggunakan pengenalpastian kenderaan secara automatik untuk meningkatkan pematuhan terhadap peraturan trafik, akses, dan letak kereta. Ini menyumbang kepada aliran trafik yang lebih lancar dan ruang bandar yang lebih teratur. Kes penggunaan ketiga berpusat pada keselamatan awam, menggariskan bagaimana analitik video masa nyata boleh meningkatkan kesedaran situasi serta menyokong masa tindak balas insiden yang lebih pantas dalam operasi keselamatan awam.

Kes penggunaan generasi baharu ini menunjukkan komitmen Maxis Business untuk memastikan industri dan agensi sektor awam bersedia untuk masa hadapan. Komitmen ini direalisasikan melalui penyelesaian keterhubungan dan digital bersepadu termasuk AI, awan, internet kebendaan (IoT), perkhidmatan terurus dan keselamatan siber, semuanya didayakan oleh rangkaian mudah alih dan gentian termaju Maxis.

Pameran bandar pintar Maxis mencerminkan keyakinannya bahawa “Esok bermula hari ini”. Janji ini memandu tujuan syarikat untuk menghubungkan rakyat, perniagaan dan komuniti kepada pelbagai kemungkinan masa depan melalui keterhubungan bertaraf dunia dan penyelesaian inovatif, secara aktif menyokong transformasi digital Malaysia.

Archives
Tags