Maxis bekerjasama dengan Globe Teleservices untuk menawarkan keselamatan digital yang dipertingkatkan kepada para pelanggannya

Maxis partners with Globe Teleservices to offer enhanced digital security to its customers

(Dari kiri, kedudukan ketiga) Sandeep Mishra, Ketua Pemasaran Produk, Maxis; Prateek Pashine, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis; Ashutosh Agrawal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, GTS; Pallavi Kudtarkar, Pengarah Eksekutif, GTS; Chris Almeida, Ketua Pegawai Strategik, GTS; dan Ahamed Gulam, Pengarah Jualan, GTS.

Maxis baru-baru ini mengumumkan kerjasama strategik dengan penyedia penyelesaian telekomunikasi global, Globe Teleservices Pte. Ltd. (GTS), untuk melaksanakan tembok api (firewall) berkuasa AI yang bersepadu bagi trafik pemesejan dan suara di seluruh rangkaian Maxis di Malaysia. Perkhidmatan hujung-ke-hujung yang diurus sepenuhnya ini direka untuk meningkatkan keselamatan dan kualiti rangkaian bagi jutaan pelanggan Maxis sambil mempertingkatkan integriti trafik pemesejan antarabangsa yang disalurkan ke dalam negara.

Di bawah inisiatif ini, Maxis dan GTS akan mentakrif serta menguatkuasakan dasar tembok api (firewall) bagi pemesejan dan trafik suara antarabangsa yang tamat di rangkaian Maxis. Dikuasakan oleh AI dan pembelajaran mesin (ML) maju yang memanfaatkan trafik global yang diagregat, tembok api (firewall) Armour daripada GTS menyediakan mitigasi penipuan yang pantas dengan pemantauan 24/7 dan pengujian berterusan. Ia direka untuk menyekat spam dan cubaan pintasan mesej antarabangsa yang datang melalui saluran tidak rasmi (grey routes), serta operasi penipuan berskala besar seperti ladang SIM. Hasilnya ialah perlindungan rangkaian yang lebih kukuh dan komunikasi tanpa gangguan untuk pengguna Maxis.

quote

“Kepercayaan dan pengalaman pelanggan adalah teras kepada Maxis. Kerjasama dengan GTS ini memperkukuh pertahanan mesej dan suara antarabangsa kami, dengan kawalan berkuasa AI dan pemantauan berterusan untuk memastikan mesej penting sampai kepada pelanggan dengan pantas dan selamat. Ini memberikan perniagaan jaminan penghantaran yang lebih kukuh dan pengalaman yang lebih selamat kepada pengguna mudah alih kami, semuanya di rangkaian kami yang pantas, boleh dipercayai dan selamat.” - Prateek Pashine, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis

quote

“Kami berbangga bekerjasama dengan Maxis untuk melindungi saluran mesej dan suara pada skala besar. Tembok api (firewall) Armour berdaya AI kami menggabungkan pengesanan ancaman pintar dengan kepakaran penyampaian global untuk melindungi rangkaian, sekali gus meningkatkan pengalaman pelanggan dan nilai yang sering hilang akibat penipuan dan pintasan.” - Ashutosh Agrawal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Globe Teleservices

Menerusi kerjasama ini, Maxis dan GTS memperkukuh asas ekosistem keterhubungan dan digital yang lebih selamat serta berkualiti tinggi di Malaysia yang menyokong inovasi. Usaha ini selaras dengan tumpuan Malaysia terhadap keselamatan siber dan aspirasi menjadi negara AI, yang merupakan keutamaan utama dalam Rancangan Malaysia Ke‑13 (RMK‑13).

Archives
Tags