Maxis aktifkan perkhidmatan perayauan antarabangsa ke Timor-Leste
Maxis menyambut baik pengumuman oleh Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai pengaktifan perkhidmatan perayauan antarabangsa ke Timor-Leste, sehubungan dengan penyertaan rasmi negara tersebut sebagai anggota kesebelas ASEAN.
Sebagai langkah menyokong perkembangan ini, Maxis telah meluaskan perkhidmatan perayauan antarabangsanya ke Timor-Leste melalui semua pas perayauan yang berkenaan, bagi membolehkan pelanggan Maxis dan Hotlink menikmati kesalinghubungan yang lancar ketika berada di negara tersebut.
Pas perayauan antarabangsa yang tersedia untuk Timor-Leste:
| Pas Perayauan Maxis | Harga |
|---|---|
| Pas Data Tanpa Had 1 Hari | RM29
|
| Pas Data Tanpa Had ASEAN 3 Hari | RM39 |
| Pas Data Tanpa Had ASEAN 7 Hari | RM49 |
| Pas Data Tanpa Had Berbilang Negara 15 Hari | RM99 |
| Pas Data Tanpa Had Berbilang Negara 30 Hari | RM149 |
| Pas Perayauan Hotlink | Harga |
|---|---|
| 3 Hari Pas ASEAN DataRoam | RM25 |
| 7 Hari Pas ASEAN DataRoam | RM35 |
| 15 Hari Pas Pelbagai Negara DataRoam | RM75 |
| 30 Hari Pas Pelbagai Negara DataRoam | RM100 |
Untuk maklumat penuh mengenai perkhidmatan perayauan, termasuk kadar panggilan dan SMS, layari laman berikut:
- Untuk pelanggan Maxis: https://www.maxis.com.my/ms/mobile-plans/maxis-roaming/
- Untuk pelanggan Hotlink: https://www.hotlink.com.my/ms/services/international-roaming/
Previous article
Maxis perkenalkan penyelesaian Rangkaian Selamat Kuantum pertama di Malaysia untuk memperkukuh agensi kerajaan dan perniagaan
Next article
Maxis menjadi syarikat telekomunikasi Malaysia pertama yang memindahkan beban kerja misi kritikal ke Wilayah AWS Malaysia