Maxis bekerjasama dengan Astro dalam inisiatif amal perayaan Deepavali untuk memperkasa keluarga yang memerlukan dalam komuniti Chetti

 Maxis collaborates with Astro in a Deepavali festive charity aimed at uplifting underserved families in the Chetti community

(Ke-6 hingga ke-9 dari kiri) T. Sithambaram Pillay, Setiausaha Komuniti Chetti Melaka, Rajindran Raja Manikam, Ketua Produksi, Perniagaan Pelanggan India Astro, YB Tuan Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka, dan Mazlan bin Mokhtar, Ketua Pengurusan Jualan Wilayah - Selatan Maxis bersama penerima manfaat dari Kampung Chetti

Maxis, dengan kerjasama Astro, baru-baru ini menganjurkan acara amal perayaan Deepavali di Kampung Chetti, Melaka untuk komuniti Kaum Chetti tempatan, kumpulan berketurunan India Tamil yang dikenali dengan gabungan unik warisan budaya India dan Melayu. Acara ini berteraskan usaha menyumbang kembali kepada komuniti, dengan 250 anggota komuniti hadir memeriahkan sambutan yang turut menampilkan warisan hidup Chetti Melaka.

Berpandukan tema “Bersama untuk Hari Esok yang Lebih Cerah” (Together for a Brighter Tomorrow), acara ini diserikan oleh kehadiran Tetamu Kehormat YB Tuan Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka. Sebagai sebahagian daripada sambutan, Maxis dan Astro telah menyumbangkan 100 pek barangan keperluan kepada penerima daripada latar belakang berpendapatan rendah. Pek tersebut mengandungi keperluan seperti minyak, murukku, gula dan beras bagi membantu persediaan mereka menjelang musim perayaan. Dalam usaha pemerkasaan komuniti, Maxis turut menyumbangkan komputer riba yang telah diperbaharui untuk memperluas akses digital kepada penduduk, serta kelengkapan rekreasi seperti meja ping pong dan set dart untuk kegunaan bersama.

Berfokus kepada memperkasakan komuniti, acara ini memberi lebih daripada sekadar bantuan. Ia memberi peluang kepada penduduk untuk berkumpul bersama dan bermain permainan tradisional seperti membuat layang-layang, hiris bunga rampai dan lain lain. Hari tersebut turut merangkumi persembahan tarian tempatan, sebelum diakhiri dengan jamuan makan di mana semua tetamu hadir berpakaian tradisional Malaysia. Antara tarikan ialah kemeriahan bakat radio RAAGA dari Astro yang mengacarakan aktiviti, menambahkan keriangan dan kehangatan pada perayaan cahaya ini. Dalam semangat Deepavali, Astro juga menyediakan baucar sooka yang menawarkan akses percuma selama tujuh hari kepada semua kandungan sukan dan hiburan di platform tersebut, membawa cahaya, keceriaan dan kandungan hebat kepada sambutan mereka.

quote

“Dalam perayaan Deepavali akan datang ini, saya harap supaya kita sebagai warga Malaysia anggap perayaan ini bukan hanya diraikan oleh masyarakat India, tetapi diraikan oleh semua rakyat Malaysia. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Maxis dan Astro yang menganjurkan majlis pada hari ini. Saya yakin dengan bantuan dan sokongan seperti ini kita dapat mengeratkan lagi semangat perpaduan dan juga hubungan antara komuniti. Tahniah saya ucapkan atas keprihatinan pihak korporat kepada keperluan masyarakat di negeri Melaka, khususnya di Kampung Chetti ini.” - YB Tuan Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka

quote

“Bagi Maxis, kepercayaan kami bahawa ‘Esok Bermula Hari Ini’ bermakna memberi impak nyata pada masa kini. Dengan menyokong komuniti setempat dan menghargai tradisi bersama rakan seperti Astro, kami dapat mencipta detik positif hari ini yang diharapkan dapat membina hari esok yang lebih cerah dan saling terhubung untuk semua.” - Azizul bin Abdul Rahman, Ketua Hal Ehwal Korporat Maxis

quote

“Deepavali ialah masa untuk meraikan kebersamaan, dan Astro berbesar hati menyokong komuniti Chetti Melaka bukan sahaja melalui keriangan perayaan, malah dengan memberikan keluarga akses kepada kandungan kami sepanjang musim. Ini cara kami berkongsi kegembiraan dan menjadikan sambutan lebih bermakna.” - Prem Anand, Naib Presiden, Perniagaan Pelanggan India, Astro

Acara amal Deepavali ini meneruskan tradisi Maxis dan Astro untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui penglibatan bermakna semasa musim perayaan. Inisiatif ini menegaskan komitmen bersama untuk menyokong komuniti yang memerlukan sambil menghormati warisan budaya mereka. Semangat perayaan bergema di seluruh Kampung Chetti, menunjukkan bahawa tindakan kebersamaan yang ringkas boleh mencetuskan hari esok yang lebih cerah.

Rakyat Malaysia juga boleh menikmati lagu Deepavali Astro, Ithu Namma Kondattam yang digubah oleh Santesh dan dinyanyikan oleh Santesh, Maria Thomas, Pridha, Kay-D, Zaddy dan Shanjanaa Rajendran—boleh distrim di Joox, Spotify, iTunes, Apple Music dan Deezer. Selain itu, semua rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai program istimewa Deepavali di radio RAAGA dan platform media sosialnya.

Archives
Tags