Maxis perkenal program Yearly Upgrade untuk pelanggan iPhone
Maxis hari ini memperkenalkan program Yearly Upgrade, menawarkan pelanggan fleksibiliti untuk menaik taraf kepada iPhone terkini setiap tahun tanpa perlu menunggu pelan ansuran peranti mereka tamat.
Program ini direka untuk memberikan nilai tambahan dan kemudahan dengan meringkaskan kitaran naik taraf peranti bagi pelanggan Maxis.
“Kami sedar bahawa ramai pelanggan kami, khususnya peminat teknologi, ingin sentiasa mengikuti inovasi terkini. Yearly Upgrade memberikan mereka fleksibiliti untuk berbuat demikian. Ini mencerminkan komitmen kami untuk memudahkan pemilikan telefon dan memastikan pelanggan sentiasa terhubung dengan detik-detik penting dalam hidup mereka.” - Loh Keh Jiat, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis
Dengan Maxis Yearly Upgrade, pilihan untuk menaik taraf dibuka 12 bulan sebelum tarikh tamat pelan ansuran peranti. Untuk menaik taraf, pelanggan yang layak hanya perlu menukar telefon sedia ada mereka dalam keadaan baik dan berfungsi kepada model terkini pilihan mereka, tanpa sebarang kos tambahan.
Faedah ini tersedia untuk pelanggan iPhone Maxis yang melanggan Maxis Postpaid 139 dan ke atas dengan pelan ansuran peranti (Maxis Zerolution).
Pelanggan baharu yang membeli mana-mana peranti siri iPhone 17 (kecuali iPhone Air) melalui pelan ini layak untuk menaik taraf kepada iPhone generasi baharu pada tahun berikutnya. Pelanggan sedia ada dengan iPhone 15 atau 16 di bawah sebarang pelan pemilikan peranti juga boleh menikmati faedah ini dengan menaik taraf atau kekal pada pelan Maxis Postpaid 139 dan ke atas.
Untuk maklumat lanjut tentang kelayakan, tempoh naik taraf, dan butiran lain, layari https://www.maxis.com.my/en/devices/yearly-upgrade/.