Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Hotlink membolehkan pengguna bijak berbajet dengan penawaran pasti mampu, memberikan nilai terbesar, harga terendah

Hotlink champions budget-savvy consumers with pasti mampu offerings, delivering the biggest value, lowest price
  • Hotlink membolehkan pengguna bijak berbelanja dengan penawaran prabayar dan pascabayar pasti mampu
  • Memperkenalkan pas bulanan Internet Tanpa Had Hotlink RM25 dan RM55
  • Naik taraf ke Hotlink Postpaid atau daftar secara dalam talian untuk tawaran telefon 5G percuma dan, untuk masa terhad, kredit e-dompet RM35.

Hotlink terus menawarkan nilai terbesar, harga terendah untuk pelanggan prabayar dan pascabayar, memenuhi keperluan golongan pengguna bijak berbelanja dan generasi celik digital. Sama ada untuk penstriman, permainan dalam talian, media sosial atau kekal berhubung dengan rakan dan keluarga, pelan Hotlink pasti mampu kini didatangkan dengan nilai terhebat dan ganjaran menarik.

Berkongsi tip bijak untuk meraih nilai maksimum seperti seorang pro, Hotlink telah melancarkan sebuah filem baharu yang menampilkan ‘Geng Bijak Berbajet’ – sekumpulan belia yang bijak berbelanja dalam kehidupan digital harian mereka. Filem ini mengisahkan tiga anak muda Malaysia yang bijak mengatasi cabaran harian dengan membuat pilihan cerdik – sama ada menebus ganjaran, merancang bajet, atau memaksimumkan pelan internet mudah alih mereka – semuanya dikuasakan oleh Hotlink.

quote

“Pelan Hotlink direka untuk memastikan pengalaman kekal berhubung, termaklum dan terhibur tetap pasti mampu untuk semua. Dengan internet tanpa had di rangkaian Jaguh 5G terpantas kami, serta ganjaran hebat, dan juga telefon 5G percuma bagi pelanggan yang menaik taraf ke pelan Hotlink pascabayar – kami menawarkan sesuatu untuk semua.” - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis

Hotlink juga memperkenalkan pas bulanan Internet Tanpa Had Hotlink RM25 dan RM55, yang menawarkan lebih fleksibiliti dengan internet 5G tanpa had:

Pas Internet Kelajuan dan Kuota Kesahan
Internet Tanpa Had Hotlink RM25
  • Internet tanpa had 6Mbps
  • Kelajuan tanpa batas untuk rangkaian 5G (8pm-8am)
  • Panggilan tanpa had dengan Hotspot
  • 40GB FUP
30 Hari
Internet Tanpa Had Hotlink RM55
  • Kelajuan tanpa batas SEPANJANG HARI
  • Panggilan tanpa had dengan Hotspot
  • 200GB FUP
  • Akses percuma Sooka
30 Hari

Pengguna Hotlink Unlimited RM55 boleh menikmati akses kepada siaran langsung sukan dan hiburan di platform Sooka, percuma daripada Hotlink.

Selain daripada Hotlink Rewards sedia ada yang menawarkan lebih daripada 300 tawaran, Hotlink kini memperkenalkan ganjaran eksklusif setiap Ahad melalui aplikasi Hotlink. Inisiatif mingguan baharu ini memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah menarik termasuk peranti percuma, kredit prabayar percuma, internet percuma, dan tawaran makanan & minuman.

Pelanggan prabayar yang menaik taraf ke Hotlink Pascabayar atau pelanggan baharu Hotlink Pascabayar juga boleh membawa pulang telefon 5G percuma dengan kontrak minimum 12 bulan. Sebagai bonus tambahan, pelanggan baharu yang mendaftar secara dalam talian untuk pelan Hotlink Postpaid terpilih dari 20 Mei hingga 30 Jun akan menerima RM35 kredit e-dompet secara percuma.

Pengguna Hotlink Prabayar sedia ada boleh menaik taraf dengan mudah ke Hotlink Pascabayar melalui aplikasi Hotlink.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan dan ganjaran Hotlink, layari www.hotlink.com.my.

Archives
Tags