Maxis meraikan hubungan bermakna sempena Gawai dan Kaamatan

- Sempena Hari Gawai, Maxis telah menganjurkan sebuah projek CSR dengan kerjasama Persatuan Autistic Sibu (SAA) di Sibu, Sarawak.
- Dalam semangat meraihkan Kaamatan, Maxis menganjurkan konvoi ke Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun di Penampang, Sabah untuk melibatkan masyarakat tempatan sambil menekankan sambungan kami yang kukuh sepanjang perayaan ini.
- Untuk menyambut kedua-dua perayaan, Maxis juga telah menghasilkan dua filem jenama yang menonjolkan kekuatan sokongan dan hubungan dalam kehidupan seharian.
Maxis menghayati semangat perpaduan dan hubungan sempena Gawai dan Kaamatan, dengan menganjurkan sambutan di Sabah dan Sarawak yang menonjolkan tradisi istimewa serta menunjukkan dedikasinya kepada semua rakyat Malaysia. Dedikasi ini jelas dalam kehadiran kami yang boleh dipercayai untuk pelanggan semasa musim perayaan, disokong oleh rangkaian kami yang pantas dan selamat.
Sempena Gawai tahun ini, Maxis bekerjasama dengan Persatuan Autistic Sibu (SAA) untuk acara CSR yang bermakna bertemakan, “Gayu Guru Gerai Nyamai Saa bersama Raikan Gawai 2025”. Ditubuhkan pada tahun 2000 oleh ibu bapa kepada kanak-kanak yang mempunyai Gangguan Spektrum Autisme (ASD), SAA komited untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong serta meningkatkan kesedaran awam demi menggalakkan kemasukan sosial kanak-kanak ASD dalam masyarakat.
Majlis ini menyatukan ibu bapa, kanak-kanak, dan ahli komuniti untuk sehari perayaan yang dipenuhi persembahan tarian tempatan, permainan interaktif, dan cabutan bertuah. Maxis juga menyumbang peralatan terapi yang penting kepada persatuan dan memberikan setiap kanak-kanak baucar hadiah, menekankan komitmen Maxis terhadap penglibatan komuniti.

Di Sabah, Maxis menjadi penaja utama untuk Festival Penuaian Kaamatan tahunan yang sangat dinanti-nantikan di Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA). Pengunjung ke khemah jualan Maxis menikmati permainan interaktif, tawaran istimewa perayaan, serta sesi bertemu dan beramah mesra dengan peserta Unduk Ngadau.
Untuk memeriahkan lagi suasana tahun ini, Maxis menganjurkan konvoi yang bermula dari Pekan Benoni, Papar, dan menerusi sehingga Kampung Warisan Monsopiad di mana peserta-peserta dapat menikmati persembahan budaya yang menyeluruh dan berakhir semula di KDCA. Sambungan Maxis yang dipercayai memainkan peranan penting dalam memudahkan komunikasi dan koordinasi semasa sepanjang inisiatif ini, memastikan setiap peserta menikmati pengalaman yang menggembirakan.
Peserta konvoi dapat merayakan warisan budaya dan kebersamaan melalui sesi bergambar yang menarik sepanjang perjalanan yang telah diturut serta oleh DJ dari Kupi Kupi FM. Perayaan ini turut dimeriahkan oleh kehadiran selebriti tempatan seperti Elica Paujin, Daus Batjo, Skye Judith, Marie Ann Cheah, and Tommy Gedeus, yang berhubung mesra dengan komuniti setempat.
Di Maxis, hubungan melangkaui teknologi. Ia adalah tentang ikatan yang terjalin, dan detik-detik berharga yang kita kongsi bersama. Inisiatif ini menunjukkan dedikasi kami untuk berinteraksi dengan komuniti yang kami layani dan membina hubungan yang mempunyai nilai yang berkekalan. Pada Kaamatan dan Gawai tahun ini, Maxis dengan bangga meraikan warisan bersama dan ikatan erat yang benar-benar menyatupadukan rakyat Malaysia." - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis
Pada masa yang sama, Maxis telah menghasilkan dua filem jenama yang mengharukan. Satu filem menggambarkan sepasang kekasih mengharungi pelbagai cabaran untuk menyambut perayaan Gawai pertama mereka bersama, manakala filem yang lagi satu, menampilkan seorang gadis Dusun dalam membina keyakinan diri melalui hubungan yang dipupuk semasa Kaamatan.
Maxis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang turut serta meraikan semangat Gawai dan Kaamatan, dan berharap untuk terus menyemai keakrabatan yang menyatupadukan rakyat Malaysia.
Untuk menderma kepada SAA, klik melalui pautan ini:
https://www.sibuautistic.org.my/index.php/donate-us
Tonton filem jenawa Gawai melalui pautan ini:
https://www.maxis.com.my/en/campaigns/gawai-celebration/
Tonton filem jenama Kaamatan melalui pautan ini: