Maxis jalin kerjasama dengan Aduna untuk mempercepatkan inovasi perusahan melalui API rangkaian yang berkuasa

Dari kiri ke kanan - LiLian Hor, Ketua Pemasaran & Digital Enterprise, Maxis; Julian Gorman, Ketua Asia Pasifik, GSMA; dan Chee Kean Chan, Naib Presiden Jualan, Akaun Utama, Ericsson Malaysia semasa pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di Sidang Kemuncak Negara Digital GSMA, Singapura.
- Maxis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Aduna, menunjukkan komitmennya dalam memacu inovasi berpacukan API rangkaian.
- Kerjasama strategik bersama Aduna akan menyediakan akses yang dipermudahkan kepada untuk perniagaan dan para pembangun dengan memudahkan akses kepada platform global API rangkaian.
- Menampilkan komitmen Maxis kepada taraf terbuka global, termasuk penyertaannya dalam Bridge Alliance API Exchange (BAEx).
Maxis, penyedia telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, mengumumkan bahawa ia telah menjalin kerjasama dengan Aduna, sebuah usaha niaga penting antara sebilangan pengendali telekomunikasi utama dunia dan Ericsson, untuk memacu penggunaan API rangkaian yang berkuasa bagi mempercepatkan inovasi digital perniagaan.
Kerjasama ini, yang disempurnakan dengan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di GSMA Digital Nation Summit Singapura, akan memberikan para pembangun dan perniagaan dengan akses lancar kepada platform global API rangkaian lazim Aduna. Penyelesaian API yang canggih ini akan membolehkan perniagaan di Malaysia untuk meneroka kes penggunaan baharu dan menyediakan perkhidmatan generasi seterusnya dengan memanfaatkan potensi penuh ketersambungan maju dan keupayaan rangkaian Maxis.
Kerjasama ini akan membolehkan pembangunan dan pelaksanaan berasaskan API yang lebih cepat dan selamat, sekali gus mengurangkan masa ke pasaran bagi ciri dan perkhidmatan baharu. Penawaran awal akan menumpukan API berimpak tinggi seperti Pengesahan Nombor, Pertukaran SIM, Padanan KYC & Pengesahan Lokasi, yang merupakan pemangkin utama dalam mengatasi penipuan digital dan mengukuhkan keselamatan transaksi dalam talian. Keupayaan ini amat bernilai dan akan dapat memberi manfaat kepada perniagaan dalam sektor-sektor seperti Perkhidmatan Kewanga dan E-Dagang, misalnya penyedia e-Dompet dan pengendali berskala hiper (hyperscalers).
Di samping keselamatan, API rangkaian membuka peluang baharu untuk pelbagai industri dengan bertindak sebagai jambatan universal bagi perisian dan aplikasi untuk berinteraksi secara automatik. Melalui peningkatan kebolehcapaian dan integrasi, penyelesaian dapat dilaksanakan dengan pantas dan berfungsi secara lancar merentasi rangkaian mudah alih dan pasaran yang berbeza, sekali gus membawa manfaat kepada pelbagai industri dan pengguna akhir mereka.
“Misi kami adalah untuk melengkapkan perniagaan dengan alat yang mereka perlukan bagi berinovasi pada masa hadapan, hari ini. API memainkan peranan penting dalam ekonomi digital moden, dan Maxis komited untuk memanfaatkan API bagi mencungkil nilai yang lebih tinggi untuk perniagaan. Melalui kerjasama ini dengan Aduna, kami dapat membolehkan pembangunan perkhidmatan yang lebih selamat dan mengutamakan pengguna yang disokong oleh akses lancar kepada API rangkaian termaju.” - Prateek Pashine, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis
“Aduna komited dalam membangunkan ekosistem global yang mempercepatkan gelombang inovasi digital seterusnya. Platform kami meningkatkan ketersambungan rangkaian, dengan membolehkan kolaborasi yang lancar antara pembangun, perusahaan, dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memacu inovasi. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Maxis, sebuah peneraju yang komited terhadap pemerkasaan digital. Kerjasama ini akan membawa rangkaian API bersatu kami ke salah satu ekonomi digital yang paling dinamik di Asia Tenggara, sekali gus memberikan perniagaan di Malaysia akses kepada penyelesaian yang berkuasa dan boleh diskalakan.” - Anthony Bartolo, Ketua Pegawai Eksekutif Aduna
Kerjasama ini dibina atas komitmen Maxis untuk menyokong piawaian terbuka global dan protokol yang selaras dengan rangka kerja Open Gateway GSMA dan Projek CAMARA. Pada tahun 2024, Maxis merupakan penyokong awal terhadap inisiatif Bridge Alliance API Exchange (BAEx) yang menggabungkan telekomunikasi API di seluruh Asia Pasifik, sekali gus mempercepatkan pengunaan API dengan menyediakan pembangun dan perniagaan akses yang lancar kepada aset telekomunikasi yang berlainan. Maxis juga telah mengambil bahagian dalam persekutuan antarabangsa pertama di dunia bagi API telekomunikasi, yang melibatkan syarikat telekomunikasi dari Malaysia, Thailand, dan Singapura dalam kerjasama membantu perusahaan mengakses data rangkaian telekomunikasi masa nyata bagi mengukuhkan langkah pengesahan dan memerangi penipuan.
Inisiatif ini mengukuhkan komitmen Maxis untuk menjadi rakan kerjasama yang sejati dalam perjalanan digital negara. Dengan menggalakkan penggunaan API terbuka dan tersambung, Maxis memimpin transformasi digital Malaysia serta mencipta nilai lestari bagi pelanggan, rakan kerjasama dan industri.