Maxis melabur dalam pelajar prasiswazah berpotensi tinggi untuk memacu masa depan digital Malaysia

 Maxis invests in high-potential undergraduates to fuel Malaysia’s digital future

(Lapan dari kiri) Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis; (tengah) Datuk Johan Idris, Pengerusi, Maxis; (ketiga dari kanan) Patrick Er, Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Transformasi, Maxis bersama ahli-ahli lain Pasukan Pengurusan Maxis dan penerima Biasiswa Maxis 2025.

Maxis Berhad (Maxis) telah menganugerahkan biasiswa kepada sepuluh pelajar prasiswazah cemerlang di bawah Program Biasiswa Maxis 2025, bagi menyokong pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang STEM serta bidang-bidang lain yang penting kepada pertumbuhan digital dan ekonomi Malaysia di universiti terkemuka dalam negara. Program ini mencerminkan komitmen Maxis untuk membangunkan generasi pemimpin masa depan yang bersedia dalam bidang digital dan inovasi. Biasiswa tersebut merangkumi yuran pengajian penuh, elaun sara hidup, serta akses keutamaan kepada peluang latihan industri dan kerjaya bersama Maxis selepas tamat pengajian, tertakluk kepada keperluan akademik dan program.

Dipilih berdasarkan kecemerlangan akademik, potensi kepimpinan dan sumbangan kepada komuniti, para penerima biasiswa menerima anugerah mereka dalam sebuah majlis di Menara Maxis yang disampaikan oleh Datuk Johan Idris, Pengerusi Maxis. Majlis tersebut turut menampilkan ucapan daripada Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis dan dihadiri oleh ahli keluarga para penerima.

quote

“Para penerima biasiswa tahun ini menunjukkan rasa ingin tahu yang tinggi, pemikiran yang matang dan kesediaan untuk belajar. Dengan bimbingan dan peluang yang tepat, sifat-sifat ini akan membantu mereka berkembang menjadi pemimpin dan inovator yang negara kita perlukan. Kami berbesar hati untuk menyokong para pelajar berbakat ini dan yakin mereka akan memberi impak positif dalam bidang yang mereka ceburi,” - Patrick Er, Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Transformasi, Maxis.

Setakat ini, Maxis telah menyokong lebih 350 pelajar melalui inisiatif biasiswanya, menunjukkan komitmen berterusan syarikat terhadap pendidikan dan pembangunan bakat sebagai sebahagian daripada misi yang lebih luas untuk memperkukuh ekosistem digital Malaysia.

Bagi ramai penerima, biasiswa ini bukan sekadar bantuan kewangan; ia menjadi pemangkin kepada perkembangan diri, pengalaman baharu dan peluang jangka panjang.

quote

Saya teruja untuk menyertai komuniti individu berdaya saing yang berkongsi minat dan rasa ingin tahu. Biasiswa ini akan menjadi pengalaman transformatif yang akan mencabar saya dan membantu saya menjadi individu yang saya cita-citakan.” - Dashvin Kumar A/L Suresh Kumar, yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Komputer di Universiti Sunway

quote

“Dipilih sebagai penerima biasiswa oleh salah satu syarikat terbesar di Malaysia membuatkan saya rasa segala usaha saya selama ini akhirnya membuahkan hasil. Saya amat bersyukur atas peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Maxis, sebagai salah seorang penerima biasiswanya.” - Lim Sin Thong, pelajar perakaunan di Universiti Putra Malaysia

quote

“Saya percaya biasiswa ini akan memberikan saya sumber dan peluang berharga untuk membantu saya berkembang sebagai seorang individu, membina keyakinan diri dan memperjelas hala tuju kerjaya saya. Saya amat berterima kasih atas sokongan ini dan berharap dapat memperoleh kemahiran serta pengetahuan untuk memberi sumbangan bermakna pada masa hadapan.” - Nur Ain Safiyyah Binti Mohmad Zahid, pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti Teknologi Petronas

Program Biasiswa Maxis 2025 menegaskan komitmen syarikat untuk membangunkan tenaga kerja yang sedia AI dan dipacu inovasi, yang akan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan ekonomi Malaysia. Dengan melabur dalam pelajar berpotensi tinggi, Maxis berhasrat untuk memperkasa generasi pemikir, pembina dan perintis digital seterusnya yang akan menyumbang secara penuh bermakna kepada kemajuan negara.

Archives
Tags