Maxis menghubungkan masyarakat dengan pengalaman penerokaan bandar melalui “Explore with Maxis”
(Kelima dari kanan) Yeoh Sun Loo, Ketua Pemasaran & Pertumbuhan, Maxis; dan (tengah) Izan Satrina, Pengarah Kanan, Think City, bersama para tetamu, di hadapan bas “Explore with Maxis”.
Maxis hari ini mengumumkan pelancaran Explore with Maxis, sebuah inisiatif yang menghubungkan rakyat Malaysia dengan pengalaman yang lebih bermakna melalui penerokaan dan eksplorasi. Program ini diperkenalkan dengan lawatan bas interaktif hasil kerjasama dengan Think City, yang menampilkan warisan, kisah-kisah, dan lokasi tersembunyi di Kuala Lumpur Lama (Downtown Kuala Lumpur)– sebuah kawasan yang telah dipulihkan di bawah Warisan KL, usaha pemulihan budaya peringkat nasional.
Direka khas untuk pelanggan Maxis, pengalaman ini menggabungkan budaya, teknologi dan naratif tempatan. Pemandu pelancong akan menghidupkan setiap lokasi, manakala Miya – pembantu berkuasa AI dalam aplikasi Maxis – menyediakan penceritaan dan konteks tambahan. Peserta boleh daftar masuk di setiap hentian, mengakses kandungan terpilih, dan mengumpul setem digital untuk perjalanan yang interaktif dan menyeronokkan.
“Dengan Explore with Maxis, kami mahu menjadikan penerokaan lebih mudah dan lebih bermakna. Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk memperkaya pengalaman harian melalui reka bentuk yang teliti,” - Loh Keh Jiat, Ketua Perniagaan Pengguna, Maxis.
Laluan tersusun ini bermula dari Menara Maxis dan merangkumi mercu tanda seperti Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan Stadium Merdeka. Setiap hentian menawarkan lawatan berjalan kaki, penceritaan budaya, serta aktiviti berasaskan warisan, seni dan makanan. Antara tarikan utama termasuk persembahan gamelan secara langsung, makanan tempatan dan sesi dram interaktif.
Lawatan bas imersif ini akan berlangsung pada 20–21 Disember 2025 dan 3–4 Januari 2026. Penyertaan adalah percuma dan eksklusif untuk pelanggan Maxis yang telah mendaftar.
Di luar pengalaman bas, pengguna Maxis juga boleh meneroka bandar secara bebas melalui aplikasi Maxis, di mana Miya membuka akses kepada pandangan budaya dan kisah di sebalik setiap mercu tanda – menggabungkan teknologi dan tradisi untuk mentakrifkan semula cara kita meneroka bandar. Ia merupakan gabungan teknologi dan warisan yang memperbaharui cara kita mendalami kota Kuala Lumpur, satu demonstrasi progresif terhadap janji jenama Maxis bahawa Esok Bermula Hari Ini.