Maxis menyambut kemeriahan Hari Krismas bersama komuniti Kampung Sayap, Kota Belud

Maxis celebrates the joy of Christmas with the community of Kampung Sayap, Kota Belud

Pada musim Krismas ini, Maxis telah bekerjasama dengan Hopes Malaysia untuk memperkasa komuniti Kampung Sayap melalui sambutan perayaan yang meriah serta sokongan terhadap inisiatif sumber pendapatan berasaskan komuniti.

Sambutan yang diadakan di dewan terbuka Kampung Sayap itu telah menghimpunkan lebih 250 penduduk kampung untuk menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan termasuk permainan, karaoke, nyanyian lagu-lagu Krismas serta jamuan makan tengah hari.

Maxis celebrates the joy of Christmas with the community of Kampung Sayap, Kota Belud

Bersempena dengan sambutan perayaan ini, Maxis telah menyumbangkan bahan dan peralatan pertanian lestari bagi menyokong bidang pertanian Kampung Sayap, yang dijangka akan memanfaatkan seramai 80 keluarga. Sumbangan ini akan memperkukuh keterjaminan makanan dan memberi impak yang berpanjangan kepada komuniti tersebut.

Maxis turut mengadakan bengkel eKelas Usahawan untuk 45 usahawan wanita dan belia daripada komuniti tersebut. Bengkel ini membantu untuk meningkatkan kemahiran peserta serta membimbing mereka untuk memasarkan produk secara lebih berkesan dalam pasaran digital. Selain itu, pek SIM Hotlink turut diedarkan bagi membantu penduduk kampung kekal berhubung.

Maxis celebrates the joy of Christmas with the community of Kampung Sayap, Kota Belud
quote

Pada musim perayaan ini, kami bersyukur kerana dapat berkongsi semangat kemeriahan sambutan Krismas serta menyumbang kepada komuniti setempat. Inisiatif ini mencerminkan kepercayaan kami bahawa ‘Hari Esok Bermula Hari Ini’. Kami berharap sumbangan ini dapat menyokong usaha pertanian lestari komuniti di samping melengkapkan usahawan tempatan dengan kemahiran digital yang diperlukan untuk berkembang maju pada masa hadapan - Azizul Abdul Rahman, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis

quote

Bagi pihak Hopes Malaysia dan penduduk Kampung Sayap, kami berasa amat berterima kasih atas sumbangan Maxis yang membawa kemeriahan perayaan kepada seluruh komuniti. Semangat saling membantu antara satu sama lain ini amat bermakna bagi kami, dan kami berharap dapat meneruskan kerjasama untuk memperkasa komuniti setempat - Ezra Sadok, wakil Hopes Malaysia

Hopes Malaysia merupakan sebuah NGO yang berpusat di Sabah dan berdedikasi untuk memutuskan kitaran kemiskinan luar bandar di Kota Belud melalui penyelesaian lestari jangka panjang. Organisasi ini memperkasakan komuniti untuk memenuhi keperluan asas serta mencapai sara diri melalui pertanian lestari, program pendidikan komuniti dan pembinaan infrastruktur luar bandar.

Archives
Tags