Pelanggan Maxis Postpaid 139, 169 dan 199 kini boleh menikmati kandungan sukan langsung dan hiburan secara percuma

Maxis Postpaid 139, 169, and 199 customers can now enjoy free live sports and entertainment content
  • Pelan Maxis Postpaid 139, 169 dan 199 kini termasuk 6 bulan akses percuma kepada sukan langsung dan hiburan melalui sooka, perkhidmatan penstriman terkemuka Malaysia
  • Pelanggan boleh mengakses 20,000 jam Video atas Permintaan (VOD) dan lebih 70 saluran langsung dengan penstriman lancar melalui tiga peranti dalam 1080p Full HD
  • Pelanggan yang layak boleh menebus manfaat ini melalui aplikasi Maxis bermula hari ini

Maxis kini membawakan keterujaan sukan langsung dan hiburan kepada pelanggan Maxis Postpaid 139, 169, dan 199 dengan akses percuma ke sooka Premium selama 6 bulan. Untuk tempoh istimewa, pelanggan boleh menikmati lebih nilai dengan akses kepada pelbagai sukan langsung, hiburan Asia, kandungan kanak-kanak, dan rancangan asli tempatan, memastikan setiap ahli keluarga berpeluang menikmati sesuatu yang menghiburkan.

sooka Premium menawarkan sukan langsung seperti Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Premier League, Champions League, F1, MotoGP, La Liga, Bundesliga, BWF, UFC, STL, Tennis Grand Slams, Bola Keranjang dan banyak lagi. Ia juga menawarkan pelbagai kandungan hiburan Asia dan tempatan. Pelan sooka Premium menyokong penstriman sehingga tiga peranti serentak (termasuk satu TV) dalam 1080p Full HD yang jelas. Daripada sorakan stadium hingga siri popular terhangat, pelanggan pasti tidak akan terlepas sebarang detik, sama ada di rumah atau dalam perjalanan.

quote

“Di Maxis, kami menghubungkan pelanggan kami kepada setiap detik bermakna. Kini, mereka juga boleh menikmati siaran sukan langsung dan hiburan, menjadikan saat bersama orang tersayang lebih bermakna. Manfaat tambahan ini mencerminkan komitmen kami untuk terus memberikan nilai lebih tinggi melalui tawaran yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan gaya hidup digital pelanggan kami,” - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis

Untuk menebus manfaat ini, pelanggan yang layak hanya perlu mengakses aplikasi Maxis dan tekan ikon Live Sports. Pilih “sooka Premium RM0/30 hari”, lengkapkan pesanan, dan ikuti langkah untuk mendaftar akaun sooka. Setelah didaftarkan, pengguna boleh mula menstrim melalui sooka.my atau aplikasi sooka yang boleh dimuat turun dari Google, Apple atau kedai aplikasi TV pintar. Untuk pelanggan sooka Maxis Lifestyle yang sedia ada dengan pelan postpaid yang layak, akses percuma akan bermula pada kitaran bil seterusnya.

Tawaran ini boleh ditebus mulai sekarang hingga 31 Oktober 2025. Pelanggan baru atau yang menaik taraf ke pelan Maxis Postpaid 139, 169, atau 199 dalam tempoh ini juga dapat menikmati manfaat ini. Pelanggan pelan Maxis Postpaid lain boleh melanggan sooka Premium pada harga hanya RM25 sebulan untuk menikmati siaran langsung sukan dan hiburan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis Postpaid dan butiran penuh tawaran sukan langsung dan hiburan percuma, layari https://lifestyle.maxis.com.my/bm/benefits.

Archives
Tags