Maxis buka permohonan untuk Program Biasiswa 2025 bagi membangunkan bakat digital sedia masa depan

- Para sarjana akan menerima sokongan kewangan yang merangkumi yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup, dengan peluang untuk latihan industri dan penempatan kerja dengan Maxis selepas graduasi.
- Memberi keutamaan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang kritikal seperti Kejuruteraan, AI, dan Sains Data yang penting untuk memacu transformasi digital Malaysia.
- Permohonan dibuka sehingga 12 September 2025.
Maxis telah memperkenalkan Program Biasiswa Maxis 2025, yang direka untuk membantu pelajar Malaysia yang berpotensi dalam perjalanan pendidikan tinggi mereka. Program ini menampilkan komitmen Syarikat untuk memupuk bakat yang akan menerajui cita-cita digital negara dan membantu membina tenaga kerja yang bersedia untuk kecerdasan buatan (AI).
Program yang sebelum ini hanya terbuka kepada pelajar tahun pertama sarjana muda, namun tahun ini telah diperluaskan untuk turut merangkumi pelajar tahun kedua sarjana muda dan pascasarjana berusia antara 18-23 tahun yang berdaftar di institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf di Malaysia. Biasiswa ini menawarkan sokongan kewangan yang meliputi yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup. Para sarjana juga akan menerima peluang untuk latihan industri dan penempatan kerja di Maxis selepas graduasi, tertakluk kepada kriteria akademik dan program.
“Sebagai syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, kami komited untuk memupuk generasi pemimpin masa depan melalui Program Biasiswa Maxis. Program ini menggabungkan sokongan kewangan yang penting dengan pendedahan industri praktikal untuk membangunkan bakat masa depan Malaysia. Selaras dengan penekanan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) terhadap kesediaan AI, inisiatif ini akan menyediakan para sarjana untuk cemerlang secara profesional dan menjadi penyumbang utama kepada transformasi digital negara kita. Ini mencerminkan kepercayaan kami bahawa ‘Esok Bermula Hari Ini’, kerana kami memperkasakan bakat muda Malaysia untuk membentuk masa depan digital negara.” - Patrick Er, Ketua Pegawai Sumber Manusia & Transformasi Maxis