Maxis melancarkan modul GenAI dengan kerjasama Kementerian Pendidikan untuk memperkasakan pelajar dan guru dengan kemahiran AI yang bersedia untuk masa depan

Maxis launches GenAI modules in collaboration with Ministry of Education to empower students and teachers with future-ready AI skills
  • Pelancaran Program GenAI Maxis eKelas dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan memperkasakan pelajar dan guru dengan kemahiran dan pengetahuan AI yang bersedia untuk masa depan
  • Menggabungkan kepakaran industri dengan reka bentuk modul selaras kurikulum bagi menghasilkan hasil pembelajaran terukur melibatkan 50 sukarelawan Maxis sebagai pembangun dan jurulatih
  • Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran 30,000 pelajar dan guru di seluruh negara.

Maxis, dalam kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan (KPM), hari ini melancarkan bengkel Generative AI (GenAI) yang diperluaskan, Program GenAI Maxis eKelas. Program ini mewakili satu langkah penting dalam usaha negara dan bertujuan untuk memperkasakan pelajar dan guru dengan kemahiran dan pengetahuan AI yang bersedia untuk masa depan, menyokong peralihan Malaysia ke arah negara berkuasa AI melalui literasi digital seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Dasar Pendidikan Digital.

Pelancaran yang diadakan di SMK Seri Bintang Selatan telah dirasmikan oleh Puan Aniza Kamarulzaman, Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) KPM. Bengkel ini ada hasil kerjasama dengan Kementerian dan ia menggabungkan kepakaran industri dengan reka bentuk modul selaras kurikulum, merangkumi fasilitasi aktif dan hasil pembelajaran terukur, melibatkan 50 sukarelawan Maxis sebagai pembangun dan jurulatih. Dalam ucapan perasmiannya, beliau memuji program tersebut sebagai bukti kejayaan kerjasama awam-swasta yang memberi impak.

quote

“Kerjasama dengan Maxis ini merupakan manifestasi jelas komitmen bersama kami untuk mengarusperdanakan teknologi dalam pendidikan. Program GenAI Maxis eKelas bukan sekadar pemindahan teknologi; ia adalah tentang membentuk generasi yang bukan sahaja mahir tetapi juga berprinsip dan bertanggungjawab dalam menggunakan AI. Dengan membekalkan guru dan pelajar kami dengan kemahiran kritikal ini, kami sedang meletakkan asas bagi ‘Bilik Darjah Berkuasa AI’ dan memastikan tenaga kerja masa depan kita mampu memimpin, berinovasi, dan bersaing di peringkat global,” - Puan Aniza

Bengkel komprehensif ini disusun dalam dua trek khusus untuk memastikan pelajar dan pendidik dapat memanfaatkan kuasa Gen AI. Pelajar boleh meneroka aplikasi praktikal GenAI, termasuk kejuruteraan arahan (prompt engineering) untuk tugasan kreatif dan akademik serta pembangunan kemahiran insaniah. Trek modular untuk guru pula membekalkan pendidik dengan latihan mengenai wawasan AI, kejuruteraan arahan untuk pengajaran, dan pembangunan profesional. Kedua-dua trek juga merangkumi penggunaan AI secara beretika, memastikan peserta dilengkapi untuk mengharungi landskap AI dengan penuh tanggungjawab dan Selamat.

Maxis mensasarkan untuk meningkatkan kemahiran 30,000 pelajar dan guru di seluruh negara melalui Program GenAI Maxis eKelas. Maxis berhasrat mencapai matlamat ini dengan merangkumi 150 sekolah di semua negeri di Malaysia dan mendigitalkan modul-modul tersebut untuk akses yang lebih meluas melalui portal Maxis eKelas yang boleh diakses melalui platform Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa).

quote

"Selaras dengan kepercayaan kami bahawa ‘Esok Bermula Hari Ini’, kami sedang membekalkan pelajar dan guru hari ini dengan kemahiran penting yang diperlukan untuk berkembang dalam dunia yang dipacu oleh AI. Dengan memberikan mereka asas yang kukuh dalam Gen AI, mereka akan berada pada kedudukan terbaik untuk merebut peluang masa depan dan merealisasikan aspirasi mereka. Kami berharap dapat membina generasi akan datang yang terdiri daripada inovator, penyelesai masalah, dan pemimpin untuk negara." - Azizul Abdul Rahman, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis

Bengkel di sekolah terpilih menunjukkan hasil yang positif, dengan peningkatan yang boleh diukur iaitu purata peningkatan 40% dalam skor ujian selepas bengkel berbanding skor ujian sebelum bengkel. Modul Gen AI telah dibentuk dan diuji melalui sesi perintis bersama lebih daripada 70 guru dan 60 pelajar. Selain aplikasi Gen AI, bengkel ini juga merangkumi pengetahuan penting mengenai topik seperti Pembelajaran Mesin (ML) dan Model Bahasa Besar (LLMs).

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Maxis untuk mempertingkatkan pembelajaran digital di bawah inisiatif utama eKelas. Program GenAI Maxis eKelas dibina berdasarkan kejayaan program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Maxis eKelas, yang telah memasukkan modul GenAI pada tahun 2024.

Maxis eKelas ialah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik, terutamanya dalam golongan yang kurang berkemampuan. Ia menawarkan tutorial secara langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan, dan kandungan digital komprehensif melalui portal web dan aplikasi mudah alihnya, merapatkan jurang digital dan memperkasakan pelajar serta pendidik di seluruh negara. Melalui inisiatif seperti ini, Maxis terus menyokong perkembangan kecakapan digital dan inovasi dalam sistem pendidikan Malaysia, memastikan pelajar dan guru bersedia untuk memanfaatkan potensi penuh AI demi masa depan yang lebih cemerlang.

Archives
Tags