Hotlink Uni Legends 2025 memperkasa pelajar universiti untuk merealisasikan acara impian mereka

Hotlink Uni Legends 2025 Winning Teams
  • Pelajar dari 20 institusi pengajian tinggi awam seluruh negara telah dijemput untuk menghantar cadangan acara mereka
  • Tiga pasukan yang menang akan menerima pembiayaan penuh untuk melaksanakan idea acara kampus mereka pada suku keempat 2025
  • Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Hotlink dalam memperkasa golongan belia melalui kreativiti, kepimpinan dan peluang dunia sebenar

Hotlink menobatkan tiga pasukan pemenang dalam cabaran Hotlink Uni Legends 2025, sebuah platform yang direka untuk memperkasa pelajar universiti Malaysia bagi merealisasikan idea acara impian mereka, dengan sokongan pembiayaan penuh daripada Hotlink.

Terbuka kepada pelajar dari 20 universiti awam di seluruh negara, cabaran ini mempelawa cadangan acara yang mampu menarik lebih daripada 5,000 peserta, dengan kemasukan percuma untuk semua. Para pelajar digalakkan untuk berfikiran luas dan beraspirasi tinggi, sambil mengasah kemahiran dalam perancangan, kerja berpasukan dan penglibatan komuniti.

Selepas dua bulan persaingan sengit dalam penghantaran cadangan, 10 pasukan telah disenarai pendek dan dijemput untuk membentangkan idea mereka dalam sesi langsung akhir yang diadakan baru-baru ini di Menara Maxis. Cadangan mereka dinilai berdasarkan kebolehlaksanaan, potensi capaian, impak terhadap kehidupan kampus, serta keberkesanan dalam melibatkan dan memberi manfaat kepada komuniti pelajar.

Panel juri terdiri daripada pemimpin industri dan individu kreatif, yang kagum dengan tahap idea yang dibentangkan:

  • “Sebahagian pembentengan benar-benar mantap, menunjukkan kreativiti yang tinggi dan idea yang berani. Ada juga yang mempunyai ruang untuk penambahbaikan, tetapi secara keseluruhan, ia amat menggalakkan untuk melihat semangat dan usaha oleh pelajar-pelajar ini.” - John Lemon, Hausboom
  • “Satu perkara yang jelas dikongsi oleh semua pasukan ialah keyakinan — kepercayaan teguh terhadap idea mereka dan potensi untuk membawa perubahan. Keyakinan itu amat menggalakkan dan pastinya menjadi asas kukuh untuk dibina.” - Fiza Ahkam, LOCCO
  • “Semangat dan potensi di sebalik setiap pembentangan tidak dapat dinafikan.” – Nur Adillah, TGV Cinemas


Pasukan yang menang ialah:

  • Pasukan Gegaqsters (Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang) dengan idea festival meriah yang menggabungkan konsert muzik, forum belia dan pertandingan sukan.
    “Apa yang kami rancang bukan sekadar sebuah acara, tetapi sebuah platform untuk menghimpunkan pelajar, mengeratkan hubungan, dan mencipta kenangan yang kekal sepanjang hayat.”
  • Pasukan JSP UiTM Jasin (Universiti Teknologi MARA, Jasin, Melaka) yang mencadangkan festival sukan dan aktiviti luar untuk semua peringkat umur.
    “Kami sangat teruja untuk merealisasikan konsep acara kami dan menjadikannya realiti, sambil mencipta kenangan terbaik untuk semua.”
  • Pasukan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sesi 2024/2025 (Universiti Teknologi MARA, Kota Kinabalu, Sabah) yang merancang untuk menganjurkan festival selama 2 minggu dengan pelbagai aktiviti.
    “Ini adalah kali pertama kami menerima pembiayaan untuk acara kami, dan kami teruja untuk melihat bagaimana kami boleh menjadikannya lebih baik berbanding tahun sebelumnya.”
quote

“Hotlink Uni Legends adalah cara kami untuk membuka ruang kepada generasi muda untuk menerajui, bekerjasama dan merealisasikan semangat pasti mampu dalam menjayakan idea-idea hebat. Kami berbesar hati untuk bekerjasama rapat dengan pasukan pemenang dalam merealisasikan acara impian mereka, yang bukan sahaja akan memperkaya pengalaman universiti mereka, tetapi juga rakan-rakan pelajar mereka di seluruh kampus,” - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis

Hotlink menawarkan nilai terbesar pada harga terendah kepada pengguna yang bijak berbajet melalui pelan Pasti Mampu prabayar dan pascabayar. Semangat pasti mampu ini juga mendorong penganjuran Hotlink Uni Legends, satu inisiatif pemerkasaan belia yang kini memasuki tahun keduanya. Edisi sulung pada 2024 memberi tumpuan kepada e-sukan, manakala edisi tahun ini pula meluaskan skop kepada idea acara kreatif—memberi peluang lebih luas kepada pelajar untuk menonjolkan kepimpinan, kemahiran komunikasi dan bakat mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hotlink Uni Legends 2025, layari https://www.hotlink.com.my/en/campaigns/uni-legends-2025/

Archives
Tags