Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis memperluas kerjasama strategik dengan Google Cloud dengan mengintegrasikan inovasi canggih GenAI terkini

Photo 1 - Maxis Logo
  • Maxis akan mengguna pakai Duet AI for Developers dari Google Cloud dalam operasi dalaman dan merintis penggunaan model Gemini pada Vertex AI dalam operasi perkhidmatan pelanggan
  • Integrasi GenAI bertujuan untuk meningkatkan operasi dalaman Maxis dan meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan pelanggan
  • Pembelajaran GenAI akan diperluaskan kepada komuniti tempatan melalui program komuniti utama Maxis, eKelas dan eKelas Usahawan

Maxis telah memperluaskan kerjasama strategiknya dengan Google Cloud dengan mengintegrasikan kecerdasan buatan generatif (GenAI) ke dalam aliran kerja dan penawaran perkhidmatan. Inisiatif ini menekankan komitmen berterusan Maxis untuk menyediakan inovasi yang terbaik kepada pelanggan dengan menggunakan perkembangan teknologi terkini dalam operasi harian.

GenAI berpotensi untuk merevolusikan transformasi digital perniagaan perusahaan dan Maxis bertujuan untuk berada di barisan hadapan dalam memacu penerimagunaan digital bagi kedua-dua sektor awam dan swasta.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Maxis akan bekerjasama dengan Google Cloud untuk membolehkan GenAI gred perusahaan dalam persekitaran dalaman dan perkhidmatan pelanggan, memanfaatkan platform Duet AI for Developers untuk bantuan pengekodan dalam bahasa semula jadi dikuasakan oleh AI, dan keupayaan multimodal daripada model Gemini pada platform Vertex AI.

Dengan mengintegrasikan keupayaan platform ini, syarikat menggambarkan proses dalaman yang ditambah baik, peningkatan produktiviti, pandangan operasi baru, dan pemodelan tingkah laku pelanggan yang dipertingkatkan. Selain mendapat manfaat daripada kawalan data dan perlindungan privasi perusahaan yang terbina ke dalam keupayaan GenAI Google Cloud, Maxis juga akan memberi tumpuan kepada menerima pakai kerangka holistik yang mengintegrasikan data, AI, dan keselamatan siber untuk meningkatkan daya ketahanan digital dan mencipta persekitaran yang lebih selamat dan terjamin untuk pelanggan dan operasi.

Maxis yakin bahawa Google Cloud akan dapat menyokong usaha ini, menawarkan skalabiliti, kebolehpercayaan, dan keupayaan canggih yang diperlukan.

Photo 2 - Maxis CEO Goh Seow Eng
quote

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Google Cloud dalam menceburi bidang inovatif GenAI untuk menyediakan organisasi kami untuk masa hadapan. Sebagai penyedia telekomunikasi bersepadu yang terkemuka, kami berharap dapat membangunkan inovasi berkesan yang memanfaatkan keupayaan GenAI,” - Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

quote

"Penerimagunaan GenAI canggih di tempat kerja kami tidak hanya mengautomasikan proses tetapi memperkasakan pekerja agar dapat memberi fokus kepada tugas strategik sambil menyelaraskan proses. Melalui integrasi AI, kami dapat meningkatkan kecekapan, menambah baik perkhidmatan pelanggan dengan pandangan yang dipacu data dan memupuk peningkatan berterusan. Ini sejajar dengan komitmen Maxis terhadap kecemerlangan dengan mengekalkan daya tahan, ketangkasan, dan bersedia untuk masa depan pada waktu di mana perkhidmatan digital, kandungan, dan keterhubungan terbaik adalah diperlukan," - Ng May Ching, Ketua Pegawai Informasi Maxis

Photo 3 - Patrick Wee, Country Manager, Malaysia, Google Cloud
quote

"Integrasi Maxis dengan pengurusan data bersatu Google Cloud dan platform pembelajaran mesin pada tahun 2020 dahulu menunjukkan kebijaksanaannya dalam membina asas yang sedia AI. Asas ini sekarang membolehkan Maxis untuk menggunakan keupayaan GenAI gred perusahaan Google Cloud - dengan pantas dan pada skala - untuk memanfaatkan potensi penuh data dan menghasilkan nilai perniagaan yang jelas. Dengan memberdayakan pekerja untuk mengekstrak pandangan daripada jumlah data yang besar dalam bahasa semula jadi dan mewujudkan kod perisian, Maxis dapat menyelaraskan operasinya, memperkenalkan perkhidmatan digital baharu ke pasaran dengan lebih pantas, dan mencipta pengalaman pelanggan yang unggul," - Patrick Wee, Pengurus Negara, Malaysia, Google Cloud

Maxis juga akan melanjutkan pembelajaran GenAI melalui program komuniti utamanya, eKelas Usahawan dan eKelas, untuk meningkatkan kemahiran individu dan pelajar sekolah dalam dunia yang semakin didorong oleh AI. Selain itu, Maxis dan Google Cloud akan terus membangunkan penyelesaian GenAI gunaan untuk analitik data dan keselamatan siber, dan memperluaskan peluang peningkatan kemahiran dan pembelajaran GenAI kepada pekerja Maxis.

Kerjasama ini diumumkan sempena Mobile World Congress (MWC) 2024 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol dari 26 hingga 29 Februari 2024, di mana Maxis menyertai sebagai sebahagian daripada Pavilion Malaysia. Syarikat menjangka akan dapat menjalin lebih banyak kerjasama sedemikian yang diterajui inovasi semasa MWC 2024 sebagai sebahagian daripada delegasi Malaysia.

Archives
Tags