Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis terima baik keputusan Kerajaan mengenai langkah seterusnya untuk pelaksanaan 5G

Maxis Logo

Maxis menerima baik keputusan Kerajaan untuk memberi tumpuan kepada mencapai 80% liputan 5G di kawasan berpenduduk (CoPA) menjelang akhir tahun 2023 di bawah DNB, diikuti dengan pelaksanaan 5G melalui dwirangkaian, seperti yang diumumkan oleh YB Tuan Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital.

Maxis komited untuk bekerjasama dengan industri untuk mempercepat pelaksanaan 5G bagi negara sejajar dengan aspirasi digital Kerajaan. Syarikat mengakui kepentingan pelaksanaan 5G yang efisien dan manfaat ekonomi yang akan dibawa kepada semua rakyat Malaysia. Pada masa yang akan datang, Maxis berharap untuk melancarkan produk dan perkhidmatan berkaitan 5G secara komersial untuk pelanggan-pelanggannya, dengan tumpuan pada daya beli dan harga yang berpatutan.

Pengenalan rangkaian kedua dijangka bermula dalam fasa kedua, di mana Maxis menantikan peranan yang lebih langsung dalam pelaksanaan 5G negara ini dengan mengambil manfaat kepakaran, sumber daya, dan infrastruktur yang sedia ada.

Bagi memperkukuh daya saing negara di rantau ini, Maxis telah membangunkan kes penggunaan 5G pelbagai industri dengan pemain utama untuk kegunaan komersial melalui 5G Alliance-nya. Syarikat juga telah memperluaskan perkhidmatan perayauan antarabangsa 5G ke lebih banyak negara dan telah melancarkan pelbagai peranti 5G kepada pelanggannya.

Archives
Tags