Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Hotlink perkenalkan ganjaran yang lebih menarik dan faedah eksklusif dengan tawaran rakan kongsi baharu

Hotlink perkenalkan ganjaran yang lebih menarik dan faedah eksklusif dengan tawaran rakan kongsi baharu
  • Hotlink Rewards terus berkembang, dengan ganjaran dan ciri-ciri baharu yang ditambah untuk memberikan pelanggan nilai yang lebih baik
  • Pas Internet Percuma, akses EPL dan barangan MLBB untuk semua pelanggan Hotlink
  • Hot-Hot Rewards baharu menawarkan tawaran eksklusif harian dan bulanan daripada rakan kongsi baharu

Komited untuk sentiasa memberikan lebih nilai kepada keperluan gaya hidup digital serta hiburan pelanggan, aplikasi Hotlink telah menjadi platform pilihan pelanggan untuk menikmati ganjaran hebat dengan mudah dan serta-merta. Pelanggan Hotlink kini boleh menikmati Hotlink Rewards yang serba baharu dan menawarkan pelbagai faedah.

Dengan adanya rakan kongsi yang baharu, Hotlink Rewards kini mengandungi tawaran eksklusif yang boleh ditebus di aplikasi Hotlink dengan mudah:

  • Pas Internet Percuma: Pengguna Hotlink Prabayar dan Hotlink Postpaid boleh menikmati internet percuma atau diskaun, yang sah untuk pengguna yang telah mendaftar selama lebih daripada tiga bulan
  • Akses EPL Percuma: Strim perlawanan EPL (Liga Perdana Inggeris) secara langsung di mana-mana sahaja
  • Barangan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) percuma: Peminat permainan boleh dapatkan peti atau skin eksklusif MLBB
  • Hot-Hot Rewards baharu: Dapatkan tawaran eksklusif harian dan bulanan daripada TGV, Bask Bear, MyNews, Dominos, Lotus, AirAsia dan Shopee
Hotlink perkenalkan ganjaran yang lebih menarik dan faedah eksklusif dengan tawaran rakan kongsi baharu
quote

“Hotlink sentiasa menambah ganjaran dan ciri-ciri baharu untuk menawarkan nilai yang lebih baik. Matlamat kami adalah untuk kekal relevan dengan gaya hidup digital pelanggan kami yang berkembang, sekaligus untuk menawarkan tawaran terbaik kepada mereka melalui Rangkaian Menyeluruh kami,” - kata Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pengguna Hotlink di Maxis.

Hotlink Rewards baharu kini menawarkan lebih daripada 300 tawaran daripada industri gaya hidup, makanan dan minuman, pelancongan dan perkhidmatan. Pelanggan Hotlink boleh mula menuntut ganjaran ini melalui aplikasi Hotlink.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hotlink Rewards yang baharu, layari https://www.hotlink.com.my/en/lifestyle/rewards/

Archives
Tags