Maxis menangi anugerah serantau melalui usaha berterusan dalam layanan kepada pelanggan

  • Memenangi 3 Anugerah Emas di ‘Contact Centre World Awards’, termasuk Pusat Panggilan Terbaik
  • Hasil daripada penambahbaikan berterusan Maxis dalam perkhidmatan pelanggan, keupayaan layan diri yang digital dan proses yang dipertingkatkan
  • Anugerah mendorong Maxis untuk terus berinovasi dan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik

Maxis sentiasa mengutamakan pengalaman dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Kejayaan ini dibuktikan dengan kemenangan tiga Anugerah Emas di ‘Contact Centre World Awards’ yang diadakan di Bali baru-baru ini.

quote

“Kami berbesar hati dengan pengiktirafan penting ini yang tidak mungkin dapat dilakukan tanpa pelanggan kami. Ini adalah hasil daripada tumpuan padu ke arah mewujudkan perkhidmatan yang berbeza. Pencapaian ini juga mendorong kami untuk terus berinovasi dan sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf perkhidmatan kami untuk menjadi lebih baik, terutama dalam lanskap digital ini, di mana pelanggan mengharapkan yang terbaik daripada kami,” - Patrick Er, Ketua Pegawai Jualan & Perkhidmatan Maxis

Untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggannya, Maxis telah berinovasi dalam beberapa segmen, seperti penambahbaikan berterusan dalam pengalaman pembelian digital, pembangunan keupayaan digital layan diri untuk pelanggan seperti pengenalan kotak sembang MAX, dan peningkatan proses untuk pemasangan fiber dan penyelesaian kerosakan.

Anugerah ini diadakan semasa persidangan 17th Annual Contact Centre & CX Best Practices untuk rantau Asia Pasifik, di mana Maxis menakluki tempat pertama serantau bagi 3 kategori:

  • Pusat Panggilan Terbaik dalam kategori Pusat Panggilan Besar di bawah Anugerah Perkhidmatan Pelanggan: mempamerkan pengurusan terbaik bagi operasi Pusat Hubungan yang terdiri daripada kakitangan, proses dan sistem cemerlang. Ini menyumbang kepada penambahbaikan TP-NPS, Resolusi Hubungan Pertama dan Jualan Melalui Perkhidmatan.
  • Kempen Jualan Terbaik di bawah Anugerah Strategik: mempamerkan kempen Telejualan Fibre yang membantu agenda fiberalisasi nasional dalam memastikan lebih banyak rumah di Malaysia mempunyai Internet yang berkualiti tinggi. Penggunaan AI, analisis data dan perbualan peribadi Maxis membuahkan kadar penukaran dan hasil jualan yang cemerlang.
  • Penggunaan Teknologi Layan Diri Terbaik di bawah Anugerah Teknologi: menggunakan strategi Pengutaaman Digital melalui program Pusat Penjagaan Digital dan Pusat Panggilan Digital. Petugas barisan hadapan boleh memberi penekanan kepada aktiviti lain, kerana MaxBOT, IVR Visual dan Portal Layan Diri Fiber (FSSP) mengurangkan panggilan kepada Pusat Panggilan.

‘Contact Centre World Awards’ diadakan pada setiap tahun dan dianjurkan oleh ‘ContactCenterWorld’, iaitu organisasi pusat panggilan terbesar di dunia. Anugerah ini telah menerima pernyataan dari lebih 80 negara dan 2000 syarikat serta individu sejak diadakan buat kali pertama. Organisasi-organisasi berpeluang untuk memenangi anugerah yang didambakan, iaitu ‘Contact Centre World Awards (CCWA) Top Ranking Performers’ di 3 rantau, iaitu Amerika, Asia Pasifik, dan Eropah, Timur Tengah & Afrika. Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Contact Centre World Awards’, lawati https://www.contactcenterworld.com/worldawards/.

Archives
Tags