Maxis komited sediakan 5G untuk negara 

Maxis terus komited untuk memainkan peranan aktif dalam penyediaan 5G selaras dengan cita-cita digital Kerajaan, serta menggunakan rangkaian Digital Nasional Berhad (DNB) untuk perkhidmatan 5G. Maxis juga menantikan peluang untuk membawa perkhidmatan dan penyelesaian 5G terbaik kepada pelanggan dan yakin untuk melancarkan 5G dalam masa yang terdekat.

Lembaga Pengarah kini masih menilai keperluan tadbir urus untuk Perjanjian Akses 5G. Maxis komited untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. 

Maxis terus menyokong aspirasi 5G Kerajaan dalam mengukuhkan daya saing Malaysia di rantau ini. Sementara itu, Maxis telahpun membangunkan kes penggunaan rentas industri dan menjalin perkongsian dengan pemain utama untuk perkhidmatan dan penyelesaian 5G. 

Seperti teknologi baharu yang lain, 5G juga akan menjadi sebahagian daripada Rangkaian Menyeluruh Maxis – mudah alih, gentian dan rangkaian satelit – selaras dengan komitmennya untuk membolehkan rakyat Malaysia sentiasa bersalinghubung dalam setiap cara, di mana sahaja dan pada setiap masa. 

Archives
Tags