Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis dalam metamesta memberi pengalaman yang mendalam dan menarik untuk pelanggan

Maxis in metaverse aims to provide an immersive and highly engaging experience for customers

Dalam landskap digital yang semakin berkembang, Maxis meneroka masa depan hidup, bekerja, bermain dan belajar dalam metamesta. Maxis meneroka cara bekerja, bermain dan belajar di masa depan melalui metamesta. Ini merupakan salah satu inisiatif untuk berkhidmat kepada rakyat dalam apa jua cara di bawah kempen Rangkaian Kita, Rangkaian Malaysia (RKRM) yang juga merupakan pengukuhkan tujuan jenama ‘Terus Menerajui’ Maxis. Inisiatif ini juga telah didorong oleh evolusi syarikat daripada penyedia telekomunikasi mudah alih kepada pakar kesalinghubungan dan penyelesaian digital untuk setiap segment, dikuasai rangkaian 4G dan liputan fiber terkemuka, serta inovasi 5G terbaik.

Penglibatan Maxis dalam metamesta masih di peringkat awal dan bertujuan untuk menyediakan destinasi unik serta pengalaman yang mendalam dengan interaksi yang menari, relevan dan bermanfaat. Melalui platform ini, Maxis memberikan gambaran kemungkinan masa depan melalui perkhidmatan penting, penglibatan pelanggan, pameran penyelesaian bagi perusahaan, permainan, bakat, pendidikan mendalam dan pembinaan ekosistem perkongsian bersama pelbagai industri.

“Metamesta ini mencerminkan tujuan jenama dan nilai teras kami, iaitu What’s Possible kerana ia meluaskan minda kepada kemungkinan masa depan digital dan cara terbaik untuk berkhidmat kepada pelanggan. Ini hanyalah permulaan bagi perjalanan digital yang menarik dan kami berharap platform ini akan terus berkembang, jadi teruskan menonton ruang ini!” kata Patrick Er, Ketua Pegawai Jualan dan Perkhidmatan Maxis.

Maxis in metaverse aims to provide an immersive and highly engaging experience for customers

Untuk memulakan fasa penerokaan ini, Maxis telah melancarkan Kedai Telko Maya di Metamesta pertama di Malaysia, Maxis Centre Decentraland, iaitu pengalaman runcit tersalinghubung di metamesta untuk memberi manfaat kepada pelanggan dengan tawaran khusus. Pengguna boleh membeli-belah produk dan perkhidmatan Maxis menggunakan teknologi 3D terkini, melihat dan mendapatkan idea tentang bagaimana mereka boleh mengubah rumah dengan peranti rumah Maxis yang dikuasakan oleh Maxis Fibre, dan juga membeli NFT yang boleh dikumpul melalui kerjasama dengan artis Malaysia.  Selain itu, pelanggan juga boleh melayari penawaran produk Hotlink serta kandungan #BikinSampaiJadi. Pelanggan juga akan mendapat akses kepada servis digital melalui kod QR.

Maxis komited sepenuhnya untuk membawa teknologi terbaik kepada rakyat, perniagaan dan negara untuk Terus Menerajui dalam dunia yang berubah.

Layari Maxis Centre Decentraland di https://play.decentraland.org/?NETWORK=mainnet&position=-30,11 atau imbas kod

Maxis in metaverse aims to provide an immersive and highly engaging experience for customers

Untuk pengalaman optimum, kami mengesyorkan siri GeForce 900 atau setara dengan memori GPU 4GB dan RAM sebanyak 16GB.

Archives
Tags