Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis melancarkan Managed Voice, revolusi sistem komunikasi masa depan untuk perniagaan

Managed Voice
  • Penyelesaian IP-PBX terurus sepenuhnya yang membolehkan perniagaan menggunakan nombor tetap pada peranti mudah alih di mana-mana sahaja
  • Maxis VoIP membolehkan perniagaan memanfaatkan faedah jangka panjang dan kebolehskalaan penyelesaian suara digital, dan sistem komunikasi kalis masa hadapan dalam era IR4.0
  • Pelbagai tawaran perusahaan konvergen Maxis dan inovasi terkini yang disokong oleh kepakaran yang tepat pada rangkaian terbaik membantu organisasi untuk Terus Menerajui

Peralihan sistem tembaga yang diberhentikan secara berperingkat menyebabkan banyak perniagaan perlu beralih ke penyelesaian Voice over IP bagi memudahkan kerja jarak jauh dan memastikan kesinambungan perniagaan. Dengan matlamat untuk mendigitalkan sistem komunikasi untuk semua peniagaan di Malaysia, Maxis telah melancarakn Managed Voice, sebuah penyelesaian IP-PBX terurus yang berevolusi, yang menggunakan nombor perniagaan tetap pada peranti mudah alih di mana-mana sahaja, bersama mode langganan yang fleksibile untuk scara. Dengan ini, perniagaan dapat memanfaatkan faedah jangka panjang dan kebolelaksanaan penyelesaian suara digital, untuk membuktikan sistem komunikasi mereka Terus Menerajui dalam era IR4.0.

Cadangan ini, bersama dengan rangkaian lengkap penyelesaian VoIPnya mengukuhkan keupayaan Maxis sebagai penyedia penyelesaian ICT konvergen yang menyeluruh, disokong oleh kepakaran salinghubungan yan tepat untuk membolehkan salinghubungan menyeluruh bagi perniagaan dibawah Rangkaian Maxis.

“Dengan penumpuan suara, data dan video dan keupayaan untuk mengakses perkhidmatan baharu melalui perkhidmatan jalur lebar dan IP, VoIP ialah masa depan teknologi komunikasi. Perniagaan yang mengikutinya akan menikmati kualiti panggilan yang lebih baik dan boleh dihubungi di mana-mana sahaja, membolehkan mereka menyampaikan pengalaman terbaik untuk pelanggan serta-merta, dan memastikan kecekapan kos yang lebih tinggi, membolehkan mereka memacu hasil perniagaan. Dengan rangkaian luas tawaran perusahaan tertumpu kami dan inovasi terkini, kepakaran yang betul dan rangkaian terbaik, kami membantu organisasi untuk sentiasa berada di hadapan dalam landskap perniagaan yang berubah dengan pantas,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis.

Untuk membuat peralihan mudah kepada VoIP hari ini, Maxis menawarkan tawaran kempen masa terhad sehingga 31 Disember 2022, di mana pelanggan boleh menikmati diskaun 20% untuk pelan Suara dan Komunikasi Bersepadu. Selain itu, Maxis menyediakan penyelesaian perkakasan percuma untuk pelanggan menikmati panggilan tanpa had yang menarik dan memaksimumkan penjimatan sehingga 40%, sambil mengekalkan kesinambungan perniagaan dengan nombor talian tetap semasa mereka.

Kelebihan Maxis Managed Voice

  • Kemudahan nombor talian tetap pada telefon mudah alih anda: Sentiasa boleh dihubungi dan tidak terlepas panggilan pelanggan di mana sahaja anda berada, sambil mengekalkan pemisahan nombor perniagaan dan peribadi.
  • Penyelesaian kalis masa hadapan dan berasaskan awan: Sentiasa dapatkan kemas kini terbaharu secara automatik ke telefon mudah alih anda untuk kakitangan menikmati komunikasi terkini di hujung jari mereka.
  • Model langganan fleksibel: Tiada perbelanjaan modal pendahuluan yang tinggi dan berskala mengikut keperluan perniagaan anda, supaya anda boleh menggunakan semula perbelanjaan anda kepada fungsi perniagaan kritikal yang lain seperti kempen pemasaran atau pemerolehan untuk memacu hasil.
  • Perkhidmatan terurus sepenuhnya: Peralihan tanpa bimbang apabila anda memperbaharui teknologi anda dengan masa downtime minimum dengan kepakaran kami yang diperakui.

Managed Voice Maxis tiba pada masa yang tepat dengan pelaksanaan Kemudahalihan Nombor Tetap (FNP) di Malaysia, yang penting bagi segmen jalur lebar, data dan ICT yang lebih luas, bukan hanya bagi suara tetap, disebabkan oleh konvergen. Segmen ini terdiri daripada majoriti perbelanjaan pengguna akhir yang kini terus berkembang. Ia bakal menyediakan plihan perkhidmatan dan pakej yang lebih baik sambil membenarkan pelanggan mengekalkan nombor telefon tetap sedia ada mereka apabila menukar penyedia perkhidmatan, terutamanya bagi perniagaan yang bergantung pada talian tetap sebagai saluran jualan utama mereka.

Perniagaan boleh menghubungi Maxis untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Managed Voice pada bila-bila masa, atau layari https://business.maxis.com.my/en/voice/managed-voice

Untuk maklumat mengenai tawaran kempen Switch to Maxis VoIP, sila layari https://business.maxis.com.my/en/voip/switch-to-maxis-voip/

Maxis Managed Voice
Archives
Tags