Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis bekerjasama dengan artis tempatan Sarawak untuk Gawai

Maxis Gawai Main
  • Menyokong dan bekerjasama dengan artis tempatan Sarawak, Alena Murang untuk mengeluarkan “Sun Hat Song”
  • Semangat kebersamaan mencerminkan janji Maxis untuk menyatukan masyarakat Rangkaian Malaysia untuk Sentiasa Mendahului dalam dunia yang berubah-ubah

Banyak yang dapat diraikan semasa perayaan Gawai di Sarawak bermula 1 Jun ini. Untuk tahun ini, Maxis bekerjasama dengan artis tempatan until menghasilkan video muzik perayaan yang membawa makna Gawai yang unik serta semangat komuniti yang rancak.

Alena Murang dari Sarawak, yang merupakan warisan Dayak-Kelabit, telah mengeluarkan Lagu Sun Hatnya, di mana akustik berkumandang dengan getaran rock klasik, dan dinyanyikan dalam pelbagai bahasa Sarawak: Inggeris, Iban, Bidayuh, Kelabit dan Kenyah. Tonton video muzik Sun Hat Song di sini:
https://www.maxis.com.my/en/campaigns/gawai-celebration/

“Bersama komuniti Rangkaian Malaysia, terutamanya di Sarawak, kami menyambut Gawai bersama keluarga dan orang tersayang. Dalam berkhidmat kepada Rangkaian Sarawak, kami teruja untuk bekerjasama dengan artis tempatan dalam lagu indah tentang semangat kebersamaan Gawai ini. Ia mencerminkan komitmen kami sendiri untuk menyatukan komuniti melalui kerjasama, supaya mereka sentiasa Terus Menerajui,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama & Pemasaran, Maxis.

Archives
Tags