Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis terima pengiktirafan atas pematuhan terbaik untuk sumbangan cukai

Maxis has been awarded the Anugerah Syarikat Swasta Berprestasi Tinggi
  • Dianugerahkan sijil merit oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia atas caruman cukai perkhidmatan tertinggi pada 2021 dalam kategori syarikat swasta berprestasi tinggi
  • Anugerah bukti kepatuhan Maxis, membawa kepada sumbangan besar bagi pembayaran cukai tidak langsung
  • Maxis komited untuk melabur dan memainkan peranan dalam pertumbuhan dan kemajuan negara

Maxis telah dianugerahkan Anugerah Syarikat Swasta Berprestasi Tinggi oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebagai antara tiga penyumbang cukai perkhidmatan tertinggi pada 2021 dalam kategori syarikat swasta berprestasi tinggi. Anugerah yang diberikan sempena Hari Kastam Sedunia ke-40 baru-baru ini, mengiktiraf pematuhan tinggi Maxis yang membawa kepada sumbangan besar terhadap cukai tidak langsung bagi memenuhi sasaran kutipan hasil RMCD 2021.

Pengerusi Maxis, YBhg Tan Sri Dato’ Mokhzani bin Mahathir berada di majlis tersebut untuk menerima anugerah daripada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

“Maxis berbesar hati menerima pengiktirafan ini oleh JKDM. Kami menyanjung tinggi usaha dan peranan mereka dalam mewujudkan rangka kerja yang kukuh dalam pentadbiran awam negara. Anugerah ini adalah bukti komitmen kami terhadap pematuhan yang kukuh dalam bidang yang kami lakukan,” kata Tan Sri Dato’ Mokhzani.

“Hasil cukai merupakan penyumbang penting kepada kemajuan negara, dan kami berbangga dapat menyumbangan ke arah pembangunan negara, terutamanya dalam ekonomi digital yang semakin pesat ini,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Maxis telah menjadi jenama terkemuka Malaysia selama lebih 25 tahun dengan komitmen terhadap pertumbuhan negara, terbukti dalam pelaburan yang besar dalam rangkaian, kakitangan dan sokongannya untuk komuniti – melayani berjuta pelanggan, termasuk perniagaan, merentasi mudah alih dan fiber untuk menyumbang ke arah pembinaan ekosistem dan infrastruktur digital untuk negara.

Baru-baru ini, Maxis telah mengisytiharkan komitmennya untuk memperkasakan semua rakyat Malaysia dan perniagaan di negara ini untuk bersalinghubung di mana-mana, bila-bila masa, dengan pelancaran Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia (RKRM). Kempen ini didorong oleh evolusinya daripada penyedia telekomunikasi mudah alih kepada pakar kesalinghubungan dan penyelesaian digital yang menawarkan penyelesaian untuk setiap segmen, dikuasakan oleh rangkaian 4G dan liputan gentian terkemukanya serta inovasi 5G terbaik.

Archives
Tags