Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Pasukan tajaan Maxis, Team Secret sedia ke pusingan global selepas muncul juara kejohanan SEA

2021 pmpl sea champion
  • Team Secret muncul sebagai juara SEA dalam Kejohanan Serantau Liga PUBG Mobile Pro
  • Bakal mewakili Malaysia di Kejohanan Global PUBG Mobile 2021
  • Maxis komited dalam perkembangan eSukan negara, terus perkasa aspirasi pemain tempatan untuk #BikinSampaiJadi melalui kuasa teknologi dan rangkaian terbaik

Pasukan tajaan Maxis, Team Secret PUBG Mobile telah muncul sebagai juara Kejohanan Serantau Liga PUBG Mobile Pro League, Asia Tenggara. Dalam kejohanan tiga hari yang berlangsung dari 5-6 November itu, pasukan itu telah menewaskan pasukan profesional lain dari Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand, termasuk pasukan Indonesia, Bigetron Red Alians yang sebelumnya telah menjuari Kejohanan Global pada 2019.

“Kami bangga dengan pasukan Team Secret dan ingin mengucapkan tahniah atas kemenangan mereka. Kejayaan mereka dibina atas semangat kesukanan dan dedikasi yang telah mereka semai. Di Maxis, kami komited untuk menjadi sebahagian daripada pertumbuhan eSukan negara melalui kerjasama kami dengan Team Secret dan akan terus memupuk bakat Malaysia. Ini digabungkan dengan kuasa teknologi dan rangkaian terbaik untuk membolehkan lebih ramai individu Terus Menerajui,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis.

Kejayaan Team Secret adalah bukti bakat luar biasa yang ditawarkan oleh komuniti eSukan di Malaysia. Melalui perkongsian berterusan mereka, Maxis dan Team Secret membolehkan pemain yang bercita-cita tinggi untuk #BikinSampaiJadi dan mencapai impian mereka untuk menjadi pemain pro seterusnya melalui kerja keras, sokongan dan peluang yang betul, dan rangkaian terbaik.

“Kejuaraan ini mewakili komuniti yang amat hebat, berbakat, dan berpengalaman. Bintang muda kini semakin berkembang dalam komuniti eSukan Malaysia, dan ia amat mengagumkan untuk melihat bakat baru muncul dan beraksi di pentas antarabangsa. Matlamat kami adalah untuk meneruskan pembangunan eSukan tempatan, dan mengharumkan nama eSports Malaysia di persada global. Saya ingin mengucakpakn terima kasih kepada penaja kami, Maxis atas perkongsian ini, serta sokongan yang hebat dari semua pihak,” kata John Yao, Ketua Pegawai Eksekutif Team Secret.

Selepas persaingan yang sengit, Team Secret mencapai jumlah tertinggi sebanyak empat Winner Winner Chicken Dinners (tempat pertama dalam perlawanan), dan hadiah wang tunai AS $30,800 (RM128,300). Dengan memenangi kejohanan ini, Team Secret akan mewakili Malaysia pada Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021, bermula 30 November.

Maxis telah menjadi penaja Team Secret PUBG Mobile Malaysia sejak 2019. Dengan keupayaan Rangkaian No. 1 Malaysia dan Team Secret, sebagai organisasi e-Sukan pro terkenal di dunia, kedua-dua pihak juga telah membangunkan #BikinSampaiJadi PUBG Mobile Tournament 2021. Kelas #BikinSampaiJadi Bersama Team Secret menampilkan pandangan, analisis dan strategi dari sudut pandangan Team Secret untuk melengkapkan dan membolehkan pemain yang bercita-cita tinggi mentakrifkan semula cara mereka melihat dan bermain, scrim pro dan kandungan lain.

Ikuti perjalananan Team Secret untuk #BikinsampaiJadi juara dunia pertama Malaysia dalam PUBGM. Layari halaman Facebook Hotlink dan halaman Facebook Team Secret untuk mengetahui lebih lanjut. 

Archives
Tags