Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis edar kotak makanan dan biskut kepada keluarga B40 sempena perayaan Tahun Baru Cina

Maxis CNY Food Boxes
  • Kotak makanan diedar kepada keluarga B40 di Johor, dan kuih kepada keluarga di sekitar Lembah Klang melalui kerjasama NGO
  • Maxis kekal komited untuk menyokong komuniti yang terjejas oleh pandemik semasa musim perayaan.

Maxis telah membawa keceriaan perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini kepada keluarga B40 yang terjejas oleh pandemik dengan kotak makanan dan biskut.

150 kotak makanan telah diedar untuk keluarga yang memerlukan dari kawasanluar bandar dan bandar di Johor, serta perkampungan nelayan di Pontian. Kakitangan Maxis juga telah menaja kuih-muih yang diedar kepada keluarga B40 sekitar Lembah Klang melalui NGO – Pertiwi Soup Kitchen, Persatuan Penduduk Petaling Jaya, Pusat Komuniti Penyayang, Yellow House dan Persatuan Penduduk Serendah.

“Kami maklum komuniti Cina mengharapkan permulaan baru yang baik dan penuh dengan ong dan huat sempena perayaan Tahun Baru. Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati dapat membantu keluarga yang memerlukan dengan membawa semangat perayaan ke rumah mereka. Kami percaya jalinan sokongan untuk komuniti penting untuk kita sama-sama membina semangat dan membantu antara satu sama lain sebagai satu Rangkaian Malaysia,” kata Mazlan Mokhtar, Ketua Wilayah Selatan Maxis.

“Kami mengalu-alukan sokongan pihak Maxis dan ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menceriakan keluarga pada musim perayaan ini,” kata Jeffrey Phang, Pengerusi Persatuan Penduduk Petaling Jaya.

Maxis telah menjadikan inisiatif tetap untuk menyokong kumpulan terjejas semasa musim perayaan, termasuk mereka yang berpendapatan rendah, orang kurang upaya, warga emas, komuniti B40 dan gelandangan.

Maxis juga sebelum ini melancarkan kempen perayaannya dengan mesej yang memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia bahawa tradisi dan teknologi bukan sahaja perlu wujud bersama tetapi sebenarnya menguatkan satu sama lain. Untuk terus menyokong individu dan perniagaan, Maxis telah mengadakan dua sesi livestream khas, ‘Bagaimana Mencapai Tuah Kita’, bersama Dato’ Joey Yap, seorang pengguna besar teknologi dan pendigitalan.

Maxis CNY Food Boxes
Archives
Tags