Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Kenyataan media mengenai SWN

Joint Industry Single Wholesale Network

Kami, Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Berhad and U Mobile Sdn Bhd (“MNOs”) mengalu-alukan keputusan Jemaah Menteri untuk meneruskan model Rangkaian Borong Tunggal (SWN), serta tawaran kepada MNO untuk pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB). Kami akan berbincang dengan Kementerian Kewangaan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, SKMM dan pemain industri utama mengenai butiran lanjut untuk proses pelaksanaan model tersebut, termasuk tawaran pegangan saham yang dicadangkan dan proses transaksi.

Kami komited untuk merealisasikan cita-cita digital negara dan percaya pada faedah yang akan dibawa oleh 5G kepada perniagaan, pelanggan dan kerajaan dalam memperkukuh daya saing Malaysia di rantau ini. Kami percaya bahawa pelancaran 5G untuk Malaysia akan di bina berdasarkan prinsip yang telus, mampan dan selamat.

Kami berharap dapat mengusahakan langkah seterusnya untuk membina infrastruktur komunikasi yang teguh dan kalis masa hadapan untuk Malaysia.

Archives
Tags