Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis perkasa komuniti teknologi startup tempatan untuk dalami pembinaan usaha niaga dan pelaburan

Local Tech Startup
  • Dalami pembinaan usaha niaga sebahagian daripada strategi pelaburan untuk memupuk inovasi dan memacu ekonomi digital
  • Mengumumkan pelaburan kepentingan besar pertama dalam startup, Guru Lab, sebuah platform analitik pendidikan tempatan
  • Memanfaatkan rangkaian Maxis dengan menyediakan akses kepada teknologi dan rangkaian manusia, membolehkan rakyat dan perniagaan Terus Menerajui

Dalam usaha untuk terus memupuk inovasi dan memacu ekonomi digital negara, Maxis telah mengumumkan usahanya untuk membina usaha niaga sebagai sebahagian daripada strategi keseluruhannya untuk melabur dan mengembangkan syarikat startup untuk akses teknologi dan rangkaian manusia demi menggandakan ekonomi negara.

Salah satu inisiatif pembinaan usaha niaganya ialah pengambilan kepentingan besar dalam platform startup analisis pendidikan, GuruLab.

“Pelaburan kroporat dan pembinaan usaha niaga adalah satu langkah ke hadapan bagi Maxis untuk memperkasakan usahawan dan perniagaan tempatan yang ingin membawa inovasi lebih besar dalam teknologi ke pasaran. Kami ingin memainkan peranan penting dalam skala serta menghubunkan para inovasi, pelabur dan pemegang saham, dan kerajaan, dalam matlamat bersama untuk mempercepatkan pendigitalan negara. Sebagai jenama tempatan kukuh yang komited untuk melabur di Malaysia, langkah ini sejajar dengan tujuan kami untuk membawa teknologi terbaik bagi membolehkan rakyat dan perniagaan Terus Menerajui,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama & Pemasaran, Maxis.

GuruLab kini sedang membangunkan platform digital yang memperkasa para guru untuk menyediakan pelajar pendidikan Bahasa Inggeris yang diperibadikan dengan berkesan. Dengan menggunakan kuasa analisis data pada input pelajar, seperti kerja bertulis dan lisan, GuruLab dapat memberi pandangan terperinci tentang kekuatan dan bidang penambahbaikan setiap pelajar. Algortima maklum balas juga mengesyorkan bahan dan amalan pembelajaran terbaik untuk setiap pelajar, menangani kelemahan pendekatan yang digunakan oleh sekolah dan pusat tuisyen.

Kepercayaan lama Maxis terhadap kuasa transformative pendidikan juga telah membawa Wright Partners, Pembina usaha niaga korporat, untuk meneroka peluang dalam Edutech. “Pertemuan kami dengan pengasas GuruLab adalah kerjasama tepat kerana kami berkongsi minat dalam pendidikan dan menambah nilai kepada program komuniti utama kami, iatu eKelas,” tambah Tai.

Local Tech Startup

Kerjasama Maxis dan GuruLab telahpun bermula dengan eKelas English HIP Storyfest pada tahun ini. GuruLab akan membantu dalam pertandingan penulisan karangan, dengan menjalankan bengkel untuk pelajar dan menggunakan platform untuk penilaian karangan.

“Kami teruja untuk memulakan perjalanan ini bersama Maxis, yang bakal memberi GuruLab kelebihan strategik dengan akses penting untuk pemerolehan pelanggan,” kata Eer Kai Song, Pengasas Bersama GuruLab. 

Selain pembiayaan, Maxis juga akan menyediakan syarikat yang dilabur akses kepada sokongan melalui keupayaan pengalaman dan bakat Maxis.

Maxis telah lama aktif dalam ruang inovasi, membangunkan beberapa program inovasi dengan ekosistem startup menerusi inisiatif seperti Maxis IoT Challenge, siri SPARK, Market Access Day, dan kerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Archives
Tags