Maxis memanfaatkan satelit MEASAT-3d baharu untuk mengembangkan Rangkaian Menyeluruh

  • Pelancaran satelit MEASAT-3d memainkan peranan penting bagi sektor telekomunikasi, terutamanya dari keupayaan mudah alih, fiber dan satelit untuk membawa pengalaman rangkaian yang lebih baik di lokasi terpencil
  • Satelit baharu membolehkan pengembangan penyelesaian VSAT kepada pelanggan
  • Pelaburan dan inovasi Rangkaian Menyeluruh Maxis selari dengan komitmen untuk memastikan rakyat Malaysia terus bersalinghubung di mana saja, pada bila-bila masa

Kejayaan pelancaran satelit MEASAT-3d oleh MEASAT Global Berhad menandakan peristiwa penting dalam mengembangkan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi dan perkhidmatan intensif data dalam menghubungkan lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya di kawasan terpencil.

“Kami telah melabur secara signifikan dalam pembinaan Rangkaian Menyeluruh selama lebih 25 tahun, untuk memastikan semua rakyat Malaysia bersalinghubung di mana mereka berada, pada bila-bila masa dan dalam apa jua cara untuk Terus Menerajui dunia yang semakin berubah. Kami turut gembira dengan kejayaan pelancaran MEASAT-3d baru-baru ini yang bakal memainkan peranan penting dalam keupayaan komunikasi mudah alih, fiber dan satelit untuk membawa pengalaman rangkaian yang lebih baik kepada rakyat Malaysia,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Dalam mencapai Rangkaian Menyeluruh, Maxis juga komited dengan pelan tindakan JENDELA negara. Pada suku pertama 2022, syarikat telah mencapai 3,000 premis yang diluluskan di bawah komersial dan 16,400 premis di bawah Universal Service Provision (USP) untuk fiber; dan untuk mudah alih, 12 tapak baharu dan menaik taraf 609 tapak. Bagi JENDELA Fasa 2, penggunaan Akses Rangkaian Jalur Lebar Satelit akan menyediakan salinghubungan untuk capai liputan 100% untuk Malaysia.

Penyelesaian tertumpu berkelajuan tinggi Very Small Aperture Terminal (VSAT) telah memanfaatkan pengguna Perusahaan dan juga segmen mudah alih yang terdiri daripada Korporat dan PKS, inisiatif swasta dan kerajaan, dan merentasi permukaan darat dan laut. Pelancaran satelit baharu akan membolehkan liputan dan prestasi yang lebih komprehensif terutamanya bagi kawasan kurang perkhidmatan dan terpencil di seluruh negara yang kekurangan akses rangkaian 4G atau fiber. MEASAT-3d akan melengkapkan satelit MEASAT3a dan 3b untuk keperluan komunikasi teras dan meningkatkan kapasiti jalur lebar satelit sepuluh kali ganda kepada 30 Gbps, yang membolehkan peningkatan kelajuan jalur lebar internet pelanggan daripada 30 Mbps sehingga 100 Mbps.

Penyelesaian VSAT boleh mengguna kapasiti jalur lebar satelit untuk menyediakan rangkaian komunikasi yang pantas tanpa halangan geografi atau infrastruktur daratan, oleh itu, ia sesuai untuk kawasan yang sangat terpencil dan lokasi yang sukar diakses, atau di kawasan yang kurang sesuai untuk perkhidmatan darat biasa atau menara mudah alih.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan VSAT Maxis, sila layari https://business.maxis.com.my/en/satellite-solutions/vsat-services/

Archives
Tags